... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 2, 2012

EMOSI YANG PERLU DIHINDARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari Sabtu 29 September 2012, PPIM Perhubungan  Negeri Selangor & Unit Mubalighat Jais telah menganjurkan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam pada jam 8: 00 pagi hingga 5:00 petang. Antara  penceramah yang hadir adalah Profesor Dr Muhaya dan Ustaz Fakhrul. Antara pengisian yang dilakukan adalah solat sunat Dhuha, solat Tasbih dan solat Hajat. Antara pengisian ceramah adalah mengenai peningkatan keilmuan seorang guru dan tanggungjawab yang perlu ada dalam rumahtangga. 
Antara pengisiannya adalah:

Setiap manusia mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari hari ke hari untuk kebaikan dan kesihatan dari segi rohani dan jasmani. Ada terdapat 7 emosi yang perlu kita hindari iaitu:
  1. Takut
  2. Dengki
  3. Dendam
  4. Benci 
  5. Tamak
  6. Percaya kepada benda tahyul
  7. Marah 
Antara  sifat ego yang perlu ditangani ialah suka marah,suka bersaing, bercakap suka betul, nak lebih dari orang lain, title (nilai diri bergantung kepada ikon, kereta, kemewahan, pangkat dan harta benda) dan memikirkan hasil titik peluh..

Cuba kita renung-renungkan....Perbaikilah diri supaya kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 

sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment