... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 29, 2012

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-40





Hari     :    ISNIN
Tarikh  :    29 Oktober 2012
Masa  :    7.30 - 8.20 Pagi

GURU BERTUGAS: 
1.                  En. Ismarizal Ismail (K)
2.                  En. Sri Mahathevan
3.                  Pn. Noor Hanawati Alinda
4.                  Pn. Zuraini Ismail
5.                  Pn. Kwa Jin Nee
6.                  Pn. Roseniza Setapa
7.                  Pn. Visva Vilasini

LAPORAN


1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·                     Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
·                     Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
·                     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En. Ismarizal b. Ismail.
·                     Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn.Azwani bt. Noordin)
·                     Beliau mengingatkan agar murid-murid mematuhi peraturan pemakaian stoking ke sekolah iaitu warna putih untuk semua murid dan hitam bagi pengawas. Stoking mestilah melepasi buku lali dan tidak dibenarkan memakai stoking yang berwarna-warni.
·                     Murid-murid perlu memastikan keadaan bilik darjah ataupun kawasan persekitaran sentiasa bersih. Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
·                     Masih ada murid yang makan di luar kawasan kantin dan kebersihan tidak dapat dikawal. Ada murid yang meninggalkan pinggan atau mangkuk di luar kawasan kantin. Pastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas

·                     PPKI
1.                  Tabah
2.                  Semangat
·                     Tahun 4
1.                  Jati
2.                  Seraya
3.                  Meranti
·                     Tahun 5
1.                  Merbuk
2.                  Merak
3.                  Bangau
·                     Tahun 6
1.                  Xenix
2.                  Novell
3.                  Windows

4. Ucapan guru bertugas minggu ini ( En. Ismarizal b. Ismail)
·                     Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
·                     Tema minggu ini :  Berani Menghadapi Cabaran
·                     Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti menghadapi pelbagai cabaran. Sejak lahir kita sudah menghadapi cabaran yang perlu di lalui. Semua murid mestilah berani untuk menerima perubahan yang positif untuk diri sendiri serta berani dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mentaliti yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam diri.
·                     Murid juga diminta agar sentiasa mengikut setiap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan.
                         
5. Perkataan LAWAD
·                     BM : Karam               = tenggelam
·                     BI    : Pattern              = corak
·                     BA  : Sobuunun          = sabun


6. Ucapan GPK Kurikulum (Pn. Siti Habsah bt. Ahmad)

·                     Pn. Siti Habsah mengingatkan murid-murid bahawa pada 2 November 2012 (Jumaat) merupakan Hari Jalinan Mesra dan sila maklumkan kepada ibu bapa. Sesi persekolahan seperti biasa. Majlis sesi pagi akan bermula pada jam 7.30 pagi – 9.30 pagi dan sesi petang pula akan bermula pada jam 4.10 petang – 6.10 petang.

7. Ucapan Guru Besar ( En Sukimin b Juki)

·                     Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengawas yang rajin membuat catatan LAWAD dan mencatat segala ucapan yang diberikan oleh guru-guru. Mereka ini merupakan contoh yang positif dan patut diikuti oleh murid lain. Pengawas sekolah juga perlu membantu rakan-rakan yang lain sewaktu berada di kantin mahupun di tempat lain.
·                     Tugas dan tanggungjawab sangat penting dan murid-murid telah di latih dari kecil sama ada di sekolah mahupun di rumah. Jangan sesekali kita belajar mencuri, jangan bercakap bohong dan jangan melakukan perkara-perkara yang tidak baik atau tidak bermoral. 
·                     Guru Besar juga mengingatkan berkaitan Hari Jalinan Mesra, selari dengan arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), setiap sekolah perlu menjaga masa instruksional kerana p&p wajib dijalankan seperti biasa. Maka, ia dipisahkan kepada dua sesi seperti yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Habsah tadi.
·                     Semua guru perlu mengingatkan murid-murid agar tidak melakukan perkara-perkara yang tidak munasabah.
·                     Guru Besar juga berharap supaya hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa bertambah baik.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.20 pagi

No comments:

Post a Comment