Monday, January 13, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KETIGA (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Januari 2014
Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
3. Puan Rosmizawati binti Yusub
4. Puan Mazzaini binti Muda
5. Puan Rima binti Maon
6. Puan Azwani binti Noordin
7. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
8. Puan Kwa Jin Nee
9. Puan Norinna binti Mohamed

Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Pengacara majlis pada pagi ini ialah adik Alani Fatini binti Azizul Syahril (6 Seraya)
  • Bacaan doa oleh pengawas bertugas, adik Mohamad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azwani binti Noordin 
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sekolah, adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain (6 Seraya)
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed
  • Murid perlu segera beratur di Dewan Perdana apabila loceng tamat rehat telah berbunyi. Pinggan dan cawan yang telah digunakan perlu diletakkan di tempat yang disediakan (dalam basin).
  • Murid hendaklah berada dalam keadaan senyap apabila beratur di Dewan Perdana.
  • Pastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih, sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah.
  • Semua murid mesti mempunyai buku LAWAD. 
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Puan Azwani binti Noordin
  • Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
  • Tujuan Peraturan Sekolah :
  1. Untuk melatih dan membiasakan murid-murid mematuhi undang-undang dan peraturan di samping membimbing hidup berdisiplin.
  2.  Untuk melicinkan pentadbiran sekolah supaya murid-murid mulia dan berakhlak baik.
  3.  Untuk memupuk semangat berbakti kepada sekolah, negeri, negara dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan berguna sepanjang masa.
  • Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah 
  • Setiap murid perlu mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan oleh sekolah sebagai contoh datang awal, memakai tanda nama dan lencana, beratur semasa dan selepas rehat, tidak bergaduh atau membuat bising di dalam kelas.
4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu : aib - malu/rasa terhina
  • Bahasa Inggeris : think - fikir
  • Bahasa Arab : mathbaghun - dapur
5. Pengumuman
  • Kelas 4 Gamma - Makmal Komputer 3
  • Kelas 4 Lambda - Makmal Komputer 1
6. Taklimat Disiplin oleh Encik Tarmiji bin Sabali
  • Cara pemakaian tanda nama dan lencana (Rujuk Buku Peraturan Sekolah muka surat 31)
  • Tempahan tanda nama boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing dengan harga RM5 (4 keping)
Contoh pemakaian tanda nama dan lencana yang betul

7. Ucapan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)
  • Setiap murid perlu ada tanda nama dan lencana dan mematuhi cara pemakaiannya.
  • Murid-murid boleh menggunakan komputer yang ada di laluan patriotik untuk mengakses maklumat terutamanya untuk murid-murid yang tiada komputer di rumah.
  • Amalan berjimat cermat perlu diterapkan dalam diri masing-masing untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
  • Beliau menyeru agar semua guru dan murid tidak membungkus makanan dan minuman menggunakan plastik untuk mengurangkan longgokan sampah  di samping untuk menjaga keindahan alam sekitar. Selain itu, ia juga turut membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mengekalkan tahap kebersihan yang maksima.
8. Paparan gambar sepanjang perhimpunan berlangsung

Pengerusi majlis adik Alani Fatini binti Azizul Syahril

Bacaan doa oleh adik Mohamad Shahrizal bin Rahmat

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Azwani binti Mohamed Noordin

Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain

Ucapan Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed

Taklimat disiplin oleh Encik Tarmiji bin Sabali

Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki

No comments:

Post a Comment