... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 27, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-5 (SESI PAGI)

Tarikh : 27 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.15 pagi

Guru bertugas:
1. Encik Ismarizal Bin Ismail
2. Pn. Nurzainon Bt Razali
3. Pn. Zailezah Bt Sardi
4. Pn. Nor Syifa Bt Khadir
5. Pn. Zuraini Bt Ismail
6. Pn. Siti Rabiaah Bt Mohammad
7. Pn. Noranismawati Bt Mohd Faudzi
8. Pn  Norziani Bt Zubir

LAPORAN

1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA DAN IKRAR

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Guru Muzik Pn. Astina bt Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh pengawas iaitu Muhamad Syahrizal dari kelas 6 Seraya.
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Nurzainon Bt Razali.
  • Ikrar murid disampaikan oleh Aniq Iqbal ketua pengawas dari kelas 6 Seraya.
  • Pasukan Pandu Puteri Tunas bertugas bagi sesi menaikkan bendera.
Murid-murid SKTPP sedang berkumpul untuk perhimpunan mingguan
                                    
2.0 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN.NORLI BT HASSAN)
  • Guru menegur sikap murid yang kurang memberi penekanan terhadap kebersihan kelas. Mereka sepatutnya sentiasa emastikan kelas dalam keadaan bersih walaupun jadual tugasan belum disediakan.
  • Apabila waktu rehat didapati ramai murid yang suka meninggalkan botol-botol air di atas meja di kantin.
  • Murid juga diingatkan supaya berbaris mengikut kelas di Dewan Perdana selepas waktu rehat dalam keadaan terkawal dan tidak membuat bising.
Pn.Norli menyampaikan laporan bertugas minggu lepas
3.0 PERKATAAN LAWAD
  • Bahasa Melayu : Bernas - berisi penuh seperti padu, padat
  • Bahasa Inggeris : create - cipta
  • Bahasa Arab : Naziifun - bersih
4.0 UCAPAN GURU BERTUGAS (PN.NURZAINON BT RAZALI)
  • Pn. Nurzainon memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu hormat guru dan rakan.
  • Sebagai seorang pelajar kita semestinya menghomati guru.Guru di sekolah merupakan ibu bapa kedua bagi kita selepas ibu bapa sendiri.Ini disebabkan murid-murid banyak menghabiskan masa di sekolah bersama-sama guru.

      a. Cara murid menghormati guru.
i.   Memberi salam apabila berjumpa guru.
ii.  Mematuhi arahan guru dan sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
            iii. Menghargai guru

       b. Cara murid menghormati rakan:
i.  Jangan memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan rakan.
ii. Sentiasa bekerjasama terutama sewaktu di dalam kelas.

Guru bertugas minggu ini, Pn Nurzainon Bt Razali

5.0 PENYAMPAIAN REPLIKA CEK (PN. NORINNA BT MOHAMED)
  • Pn. Norinna mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti yang telah dijalankan menggunakan Frog VLE.
  • Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah Pertandingan Mewarna unia Hebat Chupa Chups di mana telah berjaya mendapat tempat kedua.
  • Penyampaian replika cek bernilai RM500 telah disampikan oleh Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil daripada Frogasia.

Penyerahan replika cek daripada pihak Frogasia, Encik Adi Farhan bin Ghazali kepada
 Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki

6.0 UCAPAN GURU BESAR (EN.SUKIMIN BIN JUKI)
  • Ucapan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan mutu pencapaian ICT di SKTPP terutamanya guru-guru ICT, guru-guru serta semua murid yang telah melibatkan diri.
  • Pembabitan dan komitmen yang tinggi dari semua pihak telah melakar satu sejarah baru bagi SKTPP kerana telah berjaya mengalahkan beberapa buah sekolah menengah yang lain dalam pertandingan tersebut. Sejarah yang lama tidak dapat diubah lagi namun kita boleh mencipta satu sejarah baru dalam kehidupan kita.
  • Semoga kemenangan dalam Pertandingan Mewarna Dunia Hebat Chupa Chups dapat menjadi perangsang pada masa akan datang.
  • Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada wakil daripada Frogasia yang hadir pada pagi ini iaitu Encik Adi Farhan bin Ghazali dan Cik Azima binti Azmi untuk sesi penyerahan cek.

Ucapan daripada Guru Besar sempenan penyerahan replika cek

7.0 UCAPAN GPK HEM (PN. JAMILAH BT ARIFIN)

  • Puan Jamilah menegur sikap murid yang kurang memberi penekanan terhadap budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru. Semua murid sepatutnya memberi salam kepada semua guru walaupun guru tersebut tidak mengajar mereka.
  • Perhubungan yang baik antara murid dan guru ini akan memberi keyakinan murid-murid apabila berjumpa guru.
  • Puan Jamilah juga menegur sikap murid pada waktu rehat di mana ada segelintir murid yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan malah membiarkan sampah tersebut di atas meja di kantin. Keadaan ini telah menarik perhatian gagak-gagak untuk hinggap di situ.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Disediakan oleh Pn. Zailezah Bt Sardi

No comments:

Post a Comment