Tuesday, January 28, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG MINGGU KE-5

HARI      :   Isnin
TARIKH  :  27 Januari 2014
MASA     :  1.20 - 2.00 petang


GURU BERTUGAS:
1. Pn. Jumilah bt. Ahmad
2. Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim
3. Cik Noor Azlinda bt. Kasmin
4. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. Encik Afandi b. Mat Zain

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Azura Farina bt. Abdullah).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Haziq Fahim b. Ahmad Azhar (2 Anestesiologi).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Jumilah bt. Ahmad.

d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (2 Zuhrah).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nazahiyah bt. Ab. Rahman)


a) Murid dilarang berlari semasa waktu rehat dan hendaklah memasukkan semua bekas makanan dan minuman yang dibeli dari kantin ke dalam besen yang disediakan.
b) Murid dinasihati menjaga diri dan tidak membuat bising di dalam kelas.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Jumilah bt. Ahmad)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Beliau menyentuh mengenai tema pada minggu ini iaitu: "Hormat kepada guru dan rakan-rakan".
  • Murid perlu sentiasa menghormati guru dengan memberi salam, menyiapkan segala tugasan yang diberikan dan mematuhi arahan. 
  • Murid juga perlu menghormati rakan-rakan dengan tidak mempersendakan, memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan rakan. Murid hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain di dalam dan di luar kelas.
d) Perkataan LAWAD minggu ini:

     Bahasa Melayu   : pancaragam
     Bahasa Inggeris  : friend (kawan)
     Bahasa Arab       : tilmizun (murid lelaki)

4. Ucapan guru disiplin bertugas (Pn. Suhaizan bt. Sukiman)

a) Beliau melarang murid memakai barangan kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang ke sekolah (hanya subang kecil yang melekat di telinga sahaja yang dibenarkan).

b) Dilarang bersolek, memakai celak mata dan minyak wangi.
c) Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan berpakaian kemas ke sekolah setiap hari.

5. Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn. Rosmah bt. Jamat)

a) Beliau menasihati semua murid menjaga disiplin ketika berada di dalam kelas, di dewan perhimpunan dan di kantin.

b) Memperkenalkan 6 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Bangi yang akan menjalani praktikum di sekolah ini:

    1. Nur Laila Nadiah bt. Di 
    2. Nur Adilah bt. Shubki
    3. Kamarul Nur Fardzleen Ayu bt. Kamarulzaman
    4. Nur Taheera bt. Mohammad
    5. Nur Syafiqah bt. Noraslin
    6. Amal Izzati bt. Mohd Rasid

Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.

Pn. Jumilah, pengacara majlis
Pn. Nazahiyah, guru bertugas minggu lepas

Pn. Suhaizan, guru bertugas disiplin

PK Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat
Murid tekun mendengar amanat yang disampaikan

6 orang guru pelatih dari IPG, Bangi


No comments:

Post a Comment