Friday, January 10, 2014


CERAMAH PEMBENTUKAN MATLAMAT 

PENGURUSAN MASA

Ceramah Pembentukan Matlamat dan Pengurusan Masa yang merupakan salah satu daripada aktiviti Program Maju Diri telah diadakan pada 9 Januari 2014, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Ceramah untuk pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 telah diadakan dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.30 pagi manakala ceramah untuk pelajar-pelajar tahun 6 telah diadakan dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.  Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh guru-guru  iaitu Pn.Juli binti Mahbah, Pn.Norhafiza binti Ismail, Pn.Nor Arzah binti Hussin dan Pn.Rozimah binti Yaakob. 

Program Maju Diri ini dijalankan pada setiap awal tahun dikhususkan pada semua murid tahap  2. Program ini dijalankan untuk  mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid-murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri dalam kalangan murid-murid. Semoga perkongsian yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

Gambar-gambar sepanjang program.

Murid-murid bersedia untuk mendengar ceramah

Guru disiplin memberi nasihat sebelum ceramah bermula

Para pelajar mendengar ceramah

Murid-murid memberi perhatian kepada kandungan ceramah

Guru-guru yang memberi ceramah


Guru memberi ceramah

Murid-murid mendengar ceramah

Murid-murid memberi perhatian




No comments:

Post a Comment