... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 20, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG MINGGU KE- 4

Tarikh: 20 Januari 2014
Hari: Isnin
Masa: 1.20 petang

Guru Bertugas: Pn. Nora Binti Sabihi
                         Pn. Nazahiyah Binti Ab.Rahman
                         Pn. Salmi Binti Adnan
                         Pn. Holwani Binti Yahaya
                         Pn. Siti Maziah Binti Ahmad Tajudin
                         Pn. Norazlin Binti Mat Noor (cuti bersalin)


 Laporan
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar rukun negara, ikrar murid dan ikrar jalan raya.
dipimpin oleh : Pn. Salmi Binti Amir
Bacaan doa : Adik Mohd Haziq (3 Zuhrah )
Ikrar murid : Adik Hurin Batrisya Amani (3 Zuhrah )

2.0 Laporan guru bertugas minggu lepas
2.1 Murid- murid tidak dibenarkan melintasi dataran perhimpunan
2.2 Murid- murid diingatkan supaya memasukkan pinggan dan gelas ke dalam besen yang disediakan manakala plastik pembalut makanan dibuang ke dalam bakul sampah.




3.0 Perkataan Lawad
Bm: Buai - Berayun  BI: Nest - Sarang  BA: Daarun - Rumah

4.0 Ucapan Guru Bertugas Oleh: Pn. Nazahiyah Binti Ab. Rahman
4.1 Murid perlu mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan
4.2 Murid dinasihati supaya tidak berlari diwaktu rehat dan diwaktu sebelum perhimpunan awal sesi persekolahan.
4.3 Murid dikehendaki melengkapkan tanda nama dan lencana sekolah.






5.0 Pengumuman - Taklimat Disiplin Oleh: Pn. Arnny yusnita
5.1 Murid diingatkan supaya menjahit tanda nama dan lencana dipakaian sebelah kiri bagi murid lelaki dan ditudung bagi murid perempaun yang bertudung.
5.2 Murid perempuan yang tidak bertudung, rambut mesti diikat kemas menggunakan pengikat rambut yang berwarna hitam.
5.3 Susunan beratur di dewan:
- Jadikan 3 barisan didahului dengan murid lelaki dan seterusnya murid perempuan.
- Ketika berdiri bag hendaklah berada dihadapan murid.
- ketika duduk bag hendaklah berada dipangkuan murid.
- dan apabila berdiri untuk ke kelas bag hendaklah digalas oleh murid.
5.4 Demonstrasi tentang bacaan ikrar dan kedudukan tangan.










6.0 Ucapan Penolong Kanan Petang Oleh: Pn. Rosma Binti Jamat
6.1 Murid diingatkan supaya tidak bermain dibelakang bagunan sekolah atas sebab keselamatan kerana pembaikpulih bangunan sedang dijalankan.
6.2 Murid diminta memaklumkan kepada ibubapa supaya tidak mengambil anak sehingga lewat waktu iaitu melebihi pukul 7 petang. Ini kerana masih ada murid yang balik lewat dan membahayakan keselamatan murid tersebut.
6.3 Murid dinasihatkan supaya sentiasa kelihatan kemas dan memotong rambut pendek bagi murid lelaki.




7.0 Ucapan Guru Besar Oleh: En. Sukimin Bin Juki
7.1 Memperkenalkan Penolong Kanan Petang yang baru iaitu Pn. Rosma Binti Jamat
7.2 Murid perlu menampal segala maklumat sekolah pada buku komunikasi dan perlu menunjukkan kepada ibu bapa setiap memo edaran dari sekolah.
7.3 Esok tepat jam 12 tengahari, sekolah akan mengedarkan duit bantuan persekolahan murid sesi 2014 bagi semua murid dari Tahun 1 hingga 6 yang ibubapa atau salah seorang daripadanya warganegara Malaysia.
7.4 Murid dinasihati supaya sentiasa menghormati guru - guru sekelian.





 Perhimpunan tamat pada pukul 2.35pm.














No comments:

Post a Comment