Friday, January 24, 2014

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SESI PAGI 2014



Pada pagi ini, 24 Januari 2014 telah berlangsungnya majlis pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2014.  Majlis ini telah diadakan di tapak perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Seramai 86 orang murid daripada tahun 4,5,dan 6 telah dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi pagi. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh Tn.Guru Besar Sk Taman Putra Perdana iaitu Encik Sukimin bin Juki.

Antara paparan yang boleh dikongsi semasa majlis berlangsung.

Ketua Pengawas Pengawas Pusat Sumber sesi pagi : Zulaikha binti Mohazlin ( 6 Seraya)

Pen.Ketua.Pengawas Pusat Sumber sesi pagi : Ira Syazliyana binti Shaiful Hizam (6 Resak)

Pengawas Pusat Sumber tenang menunggu giliran untuk menerima surat pelantikan.

Pengawas Pusat Sumber berbaris untuk menerima surat pelantikan .

Guru Besar sedang menyampaikan  surat pelantikan kepada salah seorang pengawas PSS.

 Nur Asyyifa Khumaira sedang menerima surat pelantikan daripada Tn.Guru Besar

Barisan Pengawas Pusat Sumber SKTPP sedang melafazkan ikrar.

Bacaan ikrar diketuai oleh adik Zulaikha bt Mohazlin selaku ketua Pengawas Pusat Sumber.


Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan ucapan sempena majlis pelantikan. 

Diharapkan barisan pengawas Pusat Sumber Sekolah yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi  kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.

No comments:

Post a Comment