... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, January 18, 2014

Program Peningkatan UPSR

Program Jalinan Kasih Ibu Bapa & Guru

Program Peningkatan UPSR 2014 yang pertama telah berlangsungkan pada hari ini, 18 Januari 2014, bertempat di Dewan Perdana SKTPP bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.15 pagi. Program Jalinan Kasih antara guru dan ibu bapa SK Taman Putra Perdana diadakan bertujuan untuk menjalin kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid Tahun 6, membentangkan pelaksanaan program-program peningkatan UPSR 2014, memutuskan yuran program peningkatan  UPSR 2014 dan memaklumkan ibu bapa mengenai sasaran UPSR 2014. Seramai 158 orang ibu bapa menyertai program ini.

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah :
1.   Program Motivasi
2.   Program Teknik Menjawab Soalan UPSR
3.   Program Kelas Tambahan
4.   Program Kem Cuti Sekolah Klinik UPSR
5.   Program Latih Tubi “Zoom A”
6.   Program Bidikan Akhir
7.   Program “Peptalk”
8.   Program Gerak Gempur
9.   Program Sehari Selembar Benang
10. Program Solat Hajat
11. Program Bacaan Yassin & Aktiviti Moral
12. Program Selepas UPSR
13. Program Jamuan Akhir Tahun
14. Hari Graduasi

15. Lawatan Sambil Belajar


Persediaan untuk sesi pendaftaran program
Ibu bapa mula mendaftar

Ucapan aluan oleh Puan Mazzaini selaku pengerusi majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal
Ucapan pembukaan program oleh Guru Besar 
Ibu bapa memberi sepenuh perhatian semasa sesi taklimat
YDP dan barisan pentadbir khusyuk mendengar taklimat
Puan Habsah (PK Pentadbiran) membentangkan aktiviti & belanjawan Unit Peningkatan UPSR
Antara barisan guru-guru yang mengajar di Tahun 6 2014 
En. Mohd Anuar mengajukan soalan bagi pihak ibu bapa
Tuan Haji Khairul Azhar (YDP PIBG) menjawab soalan yang diajukan oleh penjaga 
Guru Besar turut menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang penjaga

















No comments:

Post a Comment