... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, January 25, 2014

BENGKEL APLIKASI FROG VLE SIRI 1/2014

Satu Bengkel Aplikasi Frog VLE Siri 1/2014 telah diadakan pada 25 Januari 2014 di Makmal  Komputer 1. Kumpulan sasaran untuk bengkel ini ialah guru baru. Namun guru-guru lama yang berminat turut menyertai bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memahami penggunaan widget dalam aplikasi Frog VLE. Selain itu bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru cara membina bahan PDP dan mempertingkatkan kemahiran dalam aplikasi Frog VLE. Bengkel ini bermula pada 8:30 pagi dan berakhir pada 12:40 tengah hari.

Seramai 35 orang guru dan 6 orang fasilitator yang terlibat dalam bengkel ini. Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi kemahiran guru dalam menggunakan Frog VLE dan memastikan PdP yang dijalankan menggunakan Frog VLE lebih berkesan. Bengkel ini adalah bengkel yang pertama untuk tahun 2014 dan akan diadakan siri-siri seterusnya mengikut keperluan supaya pembudayaan Frog VLE di SKTPP lebih baik daripada tahun 2013.

Guru-guru bersemangat memulakan bengkel
Pn Arjunawati membantu guru-guru 
Guru-guru tekun mempelajari cara menggunakan Frog VLE
Fasilitator yang bersedia membantu guru-guru
Guru Besar En. Sukimin memberi taklimat kepada guru mengenai Google Drive

No comments:

Post a Comment