Tuesday, January 28, 2014

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 -2014

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun 2014. Bagi SK Taman Putra Perdana penyerahan ini telah dilaksanakan pada 21 Januari 2014 (Selasa) yang lalu. Sehingga ke hari ini seramai 85% ibu bapa telah mengambil wang tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada anggota polis dari Balai Putra Perdana yang telah mengiring pihak sekolah untuk mengambil wang bantuan tersebut di Putrajaya. 
Kepada ibu bapa yang belum mengambil wang tersebut bolehlah mengambilnya di pejabat sekolah seperti ketetapan berikut:
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
            2:00 ptg - 4.30 ptg
Tarikh tutup penyerahan wang ini pada 31 Mac 2014.
Suasana sesi penyerahan wang bantuan RM100



Disediakan oleh Mahadir Midun

No comments:

Post a Comment