... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 2, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2014. 

Pada 2 Januari 2014 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2014. Murid-murid sesi pagi yang terdiri daripada murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah berjaya menghadirkan diri ke sekolah dengan penuh ceria dan bersemangat diserikan dengan pakaian serba baru. Berikut ialah laporan ringkas perhimpunan pagi ini :
  1. Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
  2. Nyanyian lagu patriotik ; Cemerlang, Gemilang, Terbilang
  3. Perkataan Lawad :  
  • Bahasa Melayu : Fajar bermaksud subuh, pagi, dinihari
  • Bahasa Inggeris : Clumsy bermaksud janggal atau kekok.
  • Bahasa Arab     : Kurunbun bermaksud kobis     
     4.  Memperkenalkan guru-guru bertugas minggu ini :
  • Encik Tarmiji bin Sabali
  • Puan Norsiah bt Mohd Noor
  • Puan Nor Azura binti Asir
  • Puan Khaironnajmi binti Haron
  • Puan Azlina bt Mat Isa
  • Puan Astina bt Mahad Nor
  • Puan Norhafiza binti Ismail
  • Puan Nurul Huda
      5. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki
  • Salam selamat datang kepada semua murid dan guru.
  • Ucapan terima kasih kepada pegawai PPD Sepang, Pn. Dewisah binti Md. Muzer yang sudi hadir
  • Beliau memperkenalkan kepada semua warga sekolah tentang kewujudan bangunan baru.
  • Mengingatkan tentang buku teks yang masih belum diambil. Murid atau ibubapa yang terlibat, sila berurusan dengan guru kelas atau guru SPBT manakala bagi pembelian buku tulis, boleh berurusan dengan pihak Kedai Buku Sekolah. 
  • Guru Besar juga memberitahu tentang Program Maju Diri (PMD) yang akan dilaksanakan bermula Isnin, 6 Januari.
Berikut merupakan paparan gambar-gambar yang sempat dirakamkan:

 

Murid-murid beratur mengikut nama kelas masing-masing

Murid meyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Ucapan guru bertugas, Pn Nor Azura Asir
Barisan guru-guru bertugas minggu ini
Pegawai PPD Sepang, Pn Dewisah binti Md. Muzer yang sudi hadir.
Ibubapa yang turut serta memeriahkan hari pertama persekolahan
Murid menulis perkataan LAWAD.
Ucapan Tuan Guru Besar, En Sukimin bin Juki
Cikgu Shahrizal menerangkan tentang laluan murid.
Murid-murid PPKI yang turut bersemangat datang ke sekolah.
 
Gelagat murid prasekolah

Pasangkan niat, tanamkan azam, langkahan ke sekolah adalah untuk menimba ilmu. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment