... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 27, 2014

SESI PENYERAHAN REPLIKA CEK DARIPADA PIHAK FROGASIA KEPADA PIHAK SEKOLAH

Pihak Frogasia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Dunia Hebat Chupa Chups  bermula 15 Mei 2013 hingga 26 Julai 2013. Pihak sekolah tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran pertandingan ini dengan penyertaan semua murid tahun 1 hingga 6. Konsep Chupa Chups yang diperkenalkan dalam program seperti ini dapat menarik minat serta dapat menjana minda murid untuk menjadi lebih kreatif dan kritis untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.

Pada 16 Januari 2014, keputusan pertandingan ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Frogasia dan SK Taman Putra Perdana telah berjaya mendapat tempat kedua.



Pada hari ini, 27 Januari 2014, satu sesi penyerahan replika cek telah diadakan. Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil daripada Frogasia telah menyerahkan replika cek yang bernilai RM500 kepada Encik Sukimin bin Juki, guru besar SK Taman Putra Perdana.

Berikut ialah paparan gambar sepanjang sesi penyerahan replika cek:

Encik Adi Farhan bin Ghazali, wakil Frogasia menyerahkan replika cek
kepada
Encik Sukimin bin Juki, guru besar SKTPP




Ucapan ringkas kejayaan oleh Encik Sukimin bin Juki

Kejayaan sekolah ini menunjukkan kemampuan dan keupayaan SKTPP yang komited di antara sekolah Champion yang bertanding. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah, semua guru terutamanya guru-guru subjek Pendidikan Seni tahun 2013, ibu bapa dan semua murid yang menjayakan pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan pihak sekolah akan sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan menyertai program-program yang dianjurkan serta berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment