... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 17, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 8 (SESI PETANG)

Hari    : Isnin
Tarikh : 17 Februari 2014
Masa  : 1.20 - 1.50 petang

Guru Bertugas :
1. Pn. Hastipa@Zaiton bt Mat Daud (K)
2. Pn. Nor Azian bt Ahmad
3. Pn. Grace Danaraj
4. Pn. Nurulhuda bt Yaacob
5. En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
6. Pn. Norlia

1. Bacaan doa, nyanyian dan ikrar
i.   Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.
ii.  Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalanraya yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zunaidi.
iii. Bacaan doa yang diketuai oleh Pengawas Sekolah, Muhammad Haziq Fahim bin Ahmad Azhar.
iv. Bacaan Ikrar Murid yang diketuai oleh Ketua Pengawas sesi petang, Hurin Batrisyia Amani bt Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini.

2. Laporan guru bertugas minggu lalu (Pn. Arzah bt Husin)
Beliau mendapati beberapa perkara telah berlaku sepanjang minggu lalu, iaitu;
i.   Murid-murid tidak menyusun terompah dirak yang disediakan selepas keluar dari tandas dan membiarkannya berselerak dihadapan pintu tandas.
ii.  Masih terdapat murid yang keluar tanpa membawa Kad Kebenaran Keluar Kelas.
iii. Murid-murid membuat bising ketika berjalan ke kantin sewaktu keluar rehat dan situasi ini mengganggu murid-murid lain yang sedang belajar.
iv. Semasa waktu rehat, didapati ada murid tahun 1 berada di dalam kelas. Murid-murid sepatutnya berada di kantin sekolah ketika waktu rehat dan tidak dibenarkan masuk ke kelas untuk mengelak berlakunya kejadian tidak diingini, contohnya: kecurian.

3. Hadiah Pertandingan Kecerian Kelas ;
Tahun 1:
Tempat Pertama : Bonang
Tempat Kedua   : Canang
Tempat Ketiga   : Gambus

Tahun 2:
Tempat Pertama : Surgeri
Tempat Kedua   : Respiratori
Tempat Ketiga   : Anestologi

Tahun 3:
Tempat Pertama : Marikh
Tempat Kedua   : Musytari
Tempat Ketiga   : Zuhrah

4. Ucapan Guru Bertugas ( Ustaz Ahmad Zunaidi)
Antara kandungan ucapan guru bertugas ialah :
i.  Memperkenalkan Guru Besar baharu iaitu Pn.Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali.
ii. Menyampaikan ucapan bertemakan "Kebersihan Mental dan Fizikal". Beliau menasihati murid-murid agar menjaga kebersihan gigi, rambut dan kuku.

5. Ucapan Guru Besar (Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali)
Antara kandungan ucapan Guru Besar ialah :
i.   Menasihati murid-murid agar menjaga displin ketika berada di sekolah.
ii.  Memohon agar murid menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah.
iii. Memohon agar murid-murid menghormati guru. Contohnya, memberi salam ketika bertembung dengan guru. Begitu juga apabila bertemu dengan orang yang lebih tua.

Perhimpunan mingguan ditangguhkan pada jam 1.55 petang.





Disediakan oleh :
Nor Azian bt Ahmad






No comments:

Post a Comment