Hari : Isnin
Tarikh : 10 Februari 2014
Masa : 1.20 – 1.50 petang
Guru Bertugas :
Pn. Suzelawati bt Zakaria (K)
Pn. Nor Arzah bt Husin
Pn. Azizah bt Ab Hamid
Pn. Saadiah bt Busrah
En. Wan Mohd Roswandy
Laporan/Ulasan :
1. Bacaan doa, nyanyian dan Ikrar
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh
Pn.Salmi bt Amir)
Pn.Salmi bt Amir)
ii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Muhamad Haziq Fahim bin Ahmad Azhar
iii. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nur Arzah
bt Husin
iv. Bacaan Ikrar Murid oleh ketua pengawas sesi petang, Hurin Batrisyia Amani bt
Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini
2. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nur Arzah bt Husin)
i. Guru bertugas memperkenalkan guru-guru bertugas.
ii. Guru bertugas menyampaikan ucapan tema pada minggu ini iaitu Menjaga Kesihatan Diri. Kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita. Mengikut pepatah " Kesihatan adalah Kekayaan". Murid-murid diingatkan agar :
- Makan makanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
- Memakai pakaian yang bersih dan mandi selalu.
- Sentiasa bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Perkataan LAWAD:
1) Bahasa Melayu : Ajaib (aneh) ,
2) Bahasa Inggeris: Angry (marah) ,
3) Bahasa Arab: Sodrun (dada)
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu 6)
- Tiada
4. Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
- Tahun 1
- Pertama : Bonang
- Kedua : Canang
- Ketiga : Kompang
- Tahun 2
- Pertama : Surgeri
- Kedua : Hematologi
- Ketiga : Kardiologi
- Tahun 3
- Pertama : Marikh
- Kedua : Zuhrah
- Ketiga : Utarid
5. Ucapan Puan Penolong Kanan Petang (Pn. Rosmah bt Jamat)
ii. Beliau mengingatkan murid-murid tentang tatacara menyanyikan lagu Negaraku dan juga bacaan doa. Hasil pemerhatian beliau, ramai murid yang masih bermain-main, bergurau senda dan tidak hormat sewaktu nyanyian lagu dan bacaan doa.
iii. Beliau juga menegur sikap murid tahun 3 yang tidak menunjuk contoh yang baik kepada murid tahun 1 dan 2 yang mana murid tahun 3 lebih membuat bising semasa perhimpunan. Beliau berharap selepas ini murid tahun 3 berubah dan menunjukkan contoh yang baik kepada murid tahun lain.
Perhimpunan ditangguhkan pada jam 1.55 petang.
Disediakan oleh:
No comments:
Post a Comment