... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 3, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PAGI MINGGU KE-6

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 
SESI PAGI MINGGU KE-6


Tarikh: 03 Februari 2014
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi

Guru Bertugas
1. Encik Mahadir bin Midun
2. Puan Nor-Azura binti Mustafa
3. Puan Roseniza binti Setapa
4. Puan Nor Azila binti Ngah
5. Puan Nurliza binti Ab Rahman
6. Puan Rosmaria binti Idris
7. Puan Ainul Balkhish binti Mohd Aris
8. En. Zuril Azman bin Abdullah

Laporan 
1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa oleh adik Shahrizal Rahmat.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Mahadir bin Midun. 
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah, Aniq Iqbal.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nurzainon Razali:-
    i) Disiplin murid selepas waktu rehat
        - teguran kepada murid-murid terutama murid tahun 5 kerana tidak mengikut masa berkumpul yang            ditetapkan dan tidak mendengar arahan guru di Dewan Perdana dengan sebaik-baiknya.

    ii) Kebersihan
         - pinggan dan cawan dibiarkan di atas meja kantin selepas digunakan pada waktu rehat.
         - sampah juga masih bertaburan di sekitar kawasan kantin dan sekolah.

    iii) Masalah sakit
          - terdapat murid yang sama mengadu sakit setiap hari. 
          - diharapkan murid yang benar-benar sakit dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.

    iv) Tuntutan barang yang hilang
          - murid yang kehilangan barang sila berjumpa pada guru bertugas mingguan kerana terdapat                      pelbagai jenis barang yang belum dituntut seperti kunci, duit dan botol air.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii) tema: Budaya Memberi Salam
  • memberi salam merupakan satu sunnah.
  • semasa memberi salam, harus dilakukan dengan betul dan jangan bermain-main.
  • sekiranya beratur dalam satu kelas, hanya ketua atau penolong ketua kelas sahaja yang perlu memberi salam
  • beri salam kepada semua orang tanpa mengira agama dan bukannya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja.
7. LAWAD
    - BM: bikar = bekas kaca berbentuk silinder
    - BI: leave = meninggalkan
    - BA: attaqlidiyyatu = tradisional

8. Taklimat disiplin oleh Encik Shahrizal binti Ya'am
  • Waktu persekolahan: 
          Isnin dan Rabu: 7.20 pagi - 1.20 tengah hari
          Selasa dan Khamis: 7.20 pagi - 12.50 tengah hari
          Jumaat: 7.20 pagi - 11.50 pagi
  • Penggunaan pagar:
          i) pagar A1 (sebelah pondok pengawal yang mempunyai pintu kecil)
              - laluan untuk guru dan pelawat sahaja
           
          ii) pagar A2 (pagar baru sebelah pondok pengawal)
               - laluan untuk murid berbasikal dan berjalan kaki dari rumah sahaja
          iii) pagar B (berdekatan kantin)
                - laluan untuk murid yang datang dengan kenderaan selain basikal.
  • Waktu balik: 
           - murid-murid harus mengikut laluan pagar yang ditetapkan.
           - murid-murid yang transit montessori boleh menggunakan laluan pagar A1 dengan syarat ada                    guru Montessori yang menunggu.

9. Pengumuman.
    a) Peptalk hari ini - Tahun 6 Keruing dan 6 Jati
    b) Penggunaan makmal komputer
  • Makmal komputer 1 - kelas 4 Gamma
  • Makmal komputer 2 - kelas 6 Almond
  • Makmal komputer 3 - kelas 5 Persona
    c) Zoom A -  murid-murid tahun 6 yang telah melanggan Zoom A boleh mendapatkan id dengan Puan         Arjunawatie.

10. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah binti Ahmad
  • penggunaan jadual baru bermula hari ini, 03 Februari 2014
  • memperkenalkan guru-guru praktikum dari IPG Kampus Islam, Bangi yang akan menjalani praktikum sehingga 25 April, 2014.
          i)   Kamarul Nur Fazleen Ayu Kamarulzaman - opsyen BI
          ii)  Nur Taheera mohamad - opsyen BI
          iii) Nur Syafiqah - opsyen BM
          iv) Amal Izzati Muhd Rasid - opsyen BM

  • kelas tambahan dan program Sehari Selembar Benang untuk tahun 6 akan bermula pada esok hari (4/2/2014).
  • murid-murid tahun 6 diingatkan supaya menghadiri Program Motivasi Selami Jiwa, Inspirasi Cemerlang yang akan diadakan pada 07 Februari 2014 bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing.
Bacaan doa oleh adik Shahrizal

Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Ustaz Mahadir

Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah

Puan Nurzainon memberi laporan bertugas minggu lepas

Taklimat disiplin oleh Guru Disiplin, Encik Shahrizal Ya'am

PK Pentadbiran, Puan Siti Habsah menyampaikan ucapan beliau





No comments:

Post a Comment