Monday, February 24, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2014


Program Guru Penyayang tahun 2014 telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Februari 2014.  Majlis pelancaran yang berjalan serentak dengan sesi perhimpunan rasmi itu bermula seawal jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan, dan telah disempurnakan oleh  Pn. Siti Habsah bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.


OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah seperti berikut:

v  Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
v  Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 
v  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Penyerahan mentee kepada mentor juga telah diwakili oleh guru tahun 6 iaitu Pn. Zailezah bt Sardi selaku mentor kepada murid tahun 6 Meranti sabagai mentee.


Program guru Penyayang untuk sepanjang tahun 2014 ini ialah:

1.    Mengalu-alukan Kehadiran Murid

Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
·         Semasa murid datang ke sekolah
·         Semasa murid pulang dari sekolah

2.    MENTOR MENTEE

v  Sesi ramah mesra
v  Sesi makan bersama
v  Meraikan hari lahir
v  Bimbingan hala tuju hidup
v  Lawatan/ziarah keluarga
v  Sesi perkongsian masalah



3.    Penghargaan Murid

      Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
      melalui aktiviti meraikan murid:
   v  Hari lahir murid
   v  Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,                     Deepavali, Krismas.


Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nurliza bt Ab Rahman

 

Majlis dirasmikan oleh Pn. Siti Habsah bt Ahmad


Pn. Zailezah bt Sardi merupakan salah seorang wakil mentor

Penyerahan mentee kepada mentor

Kegembiraan jelas terpancar di antara mentor dan mentee


Program mengalu-alukan kedatangan murid yang telah bermula pada 17 Februari 2014 


Guru bertugas mingguan iaitu En.Ahmad  Musrizuan sedang menyambut kedatangan murid







No comments:

Post a Comment