Tuesday, February 18, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RANGER DUTCH LADY DIDIK MUSIM KE-2 DAN PENYERAHAN TAJAAN AKHBAR BERITA HARIAN

 Pada pagi ini, 18 Feb 2014, bertempat di SK Taman Putra Perdana, jam  9.30 hingga 11.50 pagi telah berlangsungnya  majlis Ranger Dutch Lady Didik musim ke-2 dan penyerahan tajaan akhbar BH. Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan menanam budaya membaca dari peringkat awal. Program ini mendapat sokongan Kementerian Pendidkan Malaysia dan akan dikelolakan di 15 buah sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang. Program  ini telah dilancarkan dengan acara menandatangani logo rasmi Dutch Lady Didik Musim ke-2 oleh  wakil KPM Dr.Masnah bt Ali Muda, wakil Dutch Lady, wakil NSTP dan Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn Hajjah Rohaidah Bt Mohd Ali.



Tetamu Kehormat sedang menunggu di Bilik Kaunseling sebelum upacara berlangsung.

Perarakan tetamu Kehormat diiringi oleh pasukan kompang sekolah ke Dewan Perdana.
Ucapan aluan dari Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn.Hjh Rohaidah bt Mohd Ali.

Aktiviti senamrobik sebelum murid-murid menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Murid-murid begitu teruja melakukan aktiviti senamrobik.

Stesen-stesen yang disediakan untuk aktiviti kecergasan minda dan fizikal.


Para pemenang menerima hadiah daripada tetamu Kehormat.

Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil dari KPM.

Gambar kenangan para pemenang dengan tetamu Kehormat.

Upacara menandatangani Logo Rasmi  Program Ranger Dutch Lady Didik  
Maka termenterailah sudah majlis pelancaran Ranger Dutch Lady Didik Musim ke -2 di SKTPP.

          Akhir kata pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment