Tuesday, February 18, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8 (SESI PAGI)

GURU-GURU YANG  BERTUGAS
§  Encik Ahmad Musrizuan
§  Encik Mohd Kamarul
§  Puan Visva Vilasini
§  Puan Norliza
§  Puan Parimala
§  Puan Nor Shuhada
§  Puan Norhayati

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Parimala.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Hafiz  bin Md Nor)
1.       Murid-murid sentiasa berlari untuk menuju ke kantin dan bilik-bilik khas.  Murid-murid sepatutnya beratur dan berjalan dalam barisan menuju ke destinasi.
2.       Sewaktu perhimpunan, ramai pelajar yang tidak ikut arahan guru.  Murid-murid sepatutnya memberi tumpuan kepada arahan dan pesanan yang disampaikan.
3.    Murid-murid yang membeli minuman dalam bungkusan semasa waktu rehat, adalah dilarang untuk membawa bungkusan tersebut keluar dari kantin.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple              Kedua: Dell                           Ketiga: Lenovo

Tahun 4
Pertama: 4 Delta            Kedua: 4 Beta                       Ketiga: 4 Gamma              

Tahun 5
Pertama: 5 Wira             Kedua: 5 Waja                     Ketiga: 5 Alza

Tahun 6
Pertama: 6 Seraya          Kedua: 6 Almon                   Ketiga: 6 Keruing

Ucapan guru bertugas
1.       Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.      Tema minggu ini ialah Kebersihan Fizikal dan Mental.
3.      Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.  Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
4.     Pelajar-pelajar perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri, persekitaran, memastikan pertuturan dan kelakuan yang sopan serta pemikiran yang sihat dan membina.  Pelajar-pelajar adalah diingatkan supaya:-
·         berpakaian kemas dan bersih
·         berambut kemas dan bersih
·         menjaga kebersihan badan
·         bercakap dengan sopan
·         tidak bercakap tentang perkara yang jahat
·         membuang sampah di dalam tong sampah
·         kerjanya kemas dan teratur
·         menyimpan barangnya dengan kemas dan teratur

Penyampaian Sijil Penghargaan Perlawanan Persahabatan Bola Jaring
Sijil penghargaan perlawanan persahabatan bola jaring telah diberikan kepada pemain-pemain bola jaring pasukan sekolah.  Perlawanan bola jaring 4 penjuru telah berlangsung pada hari Khamis, 13 Februari 2014, dari pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang.  Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana(SKTPP), Sekolah Rendah Agama Salak Tinggi, Sekolah Kebangsaan  Puchong Utama (1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya. Dalam perlawanan ini, SKTPP telah berjaya menjadi johan. 





Penyampaian Hadiah Kejohanan Boling Tenpin MSSD untuk pelajar-pelajar PPKI
Hadiah dan sijil telah diberikan kepada semua pemenang  Kejohanan Boling Tenpin MSSD.  Kejohanan Boling Tenpin ini telah dijalankan pada 11 Februari 2014 yang lepas.  Kumpulan lelaki telah mendapat tempat kedua dan keempat manakala kumpulan perempuan telah Berjaya mendapat tempat keempat dan kelima.


Perkataan LAWAD
1.       Bahasa Malaysia               : belantan – kayu kecil yang diguna untuk memukul
2.       Bahasa Inggeris                 : moan – mengerang

Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
1.    Puan Siti Habsah menekankan budaya memberi salam.  Murid-murid dinasihati untuk memberi salam apabila berselisih dengan guru-guru.        
2.       Kerusi pelajar tidak mencukupi.  Oleh yang demikian, murid-murid dinasihatkan untuk menggunakan kerusi dengan cara yang betul supaya kerusi tidak rosak, sebaliknya dapat digunakan untuk masa yang lebih lama.
3.       Pelajar-pelajar perlu menampal memo-memo yang diberikan kepada murid-murid dalam buku komunikasi dan ditunjukkan/dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.  Baru-baru ini, pihak sekolah telah menerima banyak panggilan daripada ibu bapa berhubung maklumat-maklumat yang telah pun dimaklumkan melalui memo.  Diharapkan, pelajar-pelajar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.
4.       Beliau memaklumkan nama guru besar yang baru, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.


No comments:

Post a Comment