Tuesday, February 25, 2014

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG SESI PETANG

Pada 24 Februari 2014, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya satu majlis ringkas Pelancaran dan Perasmian Program Guru Penyayang SK Taman Putra Perdana bagi sesi petang. 

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rosnah Binti Jamat melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menaikkan kain rentang Program Guru Penyayang. 

Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas yang menyentuh tentang kepentingan untuk membentuk karektor dan sahsiah diri yang baik dan disenangi oleh warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, sayang menyayangi dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.

Puan Wan Sarinah, selaku Pengerusi Majlis

Puan Rosnah Binti Jamat, PK Petang menyampaikan ucapan perasmian 


Kemuncak acara - upacara menaikkan kain rentang

No comments:

Post a Comment