LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
SESI PETANG MINGGU KE-6
HARI : Isnin
TARIKH : 3 Februari 2014
MASA : 1.20-2.20 Petang
GURU BERTUGAS
1. Pn.Norazian Bt Mat Anuar
2. Pn.Rozimah Bt Yaakob
3. Pn.Norlida Bt Othman
4. Pn.Salina Bt Mohd Tasu
5. Pn.Nik Rosmaliza Bt Nik Hussain
6. En Mohd Zainudin B. Kalam
LAPORAN/ULASAN
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi Bt Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Ahmad Haziq Fahim b.
Ahmad Azhar.
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan
Raya oleh Pn. Norazian Bt Mat Anuar.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi
petang, Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini.
2. Laporan guru bertugas minggu lepas(Pn.Jumilah Bt Ahmad)
a) Cara menjawab salam dengan betul.
b)Menasihati murid agar tidak berlari semasa berada dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kemalangan.
c) Mengingati murid agar sentiasa menjaga disiplin.
d)Menegaskan agar murid segera pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn.Norazian Bt Mat Anuar)
a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu
ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan
guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Beliau menyentuh mengenai tema pada minggu
ini iaitu: "Budaya memberi salam".
d)Murid digalakkan untuk memberi salam semasa berjumpa guru dan orang yang lebih tua semasa berada di sekolah dan diluar sekolah.
e) Menasihati murid agar sentiasa menghormati guru dan rakan-rakan.
f) Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia-patuh
Bahasa Inggeris-sit(duduk)
Bahasa Arab-jamilun(cantik)
4. Ucapan guru disiplin bertugas (Pn Grace)
a) Beliau mengingatkan murid tentang waktu datang dan pulang sekolah. Murid mesti sampai ke sekolah sebelum pukul 1.10 petang dan beratur di Dewan Putra atau Dewan Taman mengikut barisan kelas masing-masing.
b)Penggunaan pagar semasa datang dan pulang dari sekolah. Murid-murid dikehendaki menggunakan pintu pagar B. Pintu pagar A hanya untuk kegunaan murid berbasikal dan guru.
Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.
Di Sediakan Oleh,
Pn.Salina Binti Mohd Tasu.
No comments:
Post a Comment