Saturday, February 8, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH (SESI PETANG)


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada Jumaat, 7 Februari 2014 bersamaan dengan 7 Rabiul Akhir 1435H, telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah (sesi petang) di Dewan Perdana. Ia bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan menzahirkan kegembiraan dan kecintaan kita terhadap baginda Rasulullah S.A.W. 

Aktiviti yang telah diadakan ialah slot ceramah bersulam qasidah yang telah disampaikan oleh kumpulan Dervish Mawlid Ensemble (Universiti Sains Islam Malaysia) dan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 3.


Ucapan perasmian oleh PK Petang, Puan Rosmah bt Jamat
Alunan Qasidah Burdah oleh Dervish Mawlid Ensemble
Ceramah berselitkan qasidah

Murid-murid mengalunkan qasidah bersama

Persembahan nasyid daripada murid-murid Tahun 3

No comments:

Post a Comment