Monday, February 17, 2014

PERLAWANAN BOLA JARING 4 PENJURU

Hari: Khamis
Tarikh: 13 Februari 2014
Masa: 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat: SK Puchong Utama (1)

Pada hari Khamis minggu lepas telah diadakan satu perlawanan persahabatan 4 penjuru antara SK Taman Putra Perdana dengan:-

1. Sekolah Rendah Agama Islam, Salak Tinggi
2. SK Puchong Utama (1)
3. SK Putrajaya

Keputusan perlawanan:-
SK Taman Putra Perdana (5) vs SKPU 1 (4)
SK Taman Putra Perdana (4) vs SRAI (1)
SK Taman Putra Perdana (4) vs SK PUTRAJAYA (3)


Kesemua permainan dimenangi oleh SK Taman Putra Perdana. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SK Taman Putra Perdana. Diharapkan agar dapat melakarkan kejayaan yang berterusan dan menaikkan nama sekolah SK Taman Putra Perdana. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing pasukan bola jaring, Cikgu Noranismawati Bt Mohd Faudzi dalam melatih pasukan untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak ibu bapa dan rakan-rakan guru yang membantu melatih pasukan bola jaring SKTPP sebelum perlawanan persahabatan dijalankan. Semoga dengan adanya kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan yang ada dalam diri murid-murid SKTPP.



Paparan gambar sepanjang perlawanan diadakan:-

















No comments:

Post a Comment