Friday, February 7, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH (SESI PAGI)

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 7 Februari 2014 bersamaan 7 Rabiulawal 1435 telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah dengan penuh meriah dihiasi dengan dendangan selawat-selawat memuji keagungan Rasullullah Muhammad SAW. Majlis ini diadakan bertujuan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menzahirkan kegembiraandan kecintaan kita kerana diutuskan Rasullullah untuk kita. Sambutan Maulidul Rasul tahun ini bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Sepanjang majlis berlangsung, slot ceramah bersulam qasidah indah telah disampaikan oleh Dervish Mawlid Ensemble yang telah dijemput khas dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Berikut merupakan paparan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Pengacara yang berkaliber , Ustaz Mahadir bin Midun
Ustaz Zuril membaca doa yang sangat memberi kesan.
Ucapan perasmian oleh PK HEM, Pn Jamilah Arifin
Alunan Qasidah Burdah yang merdu oleh Dervish Mawlid Ensemble.
Persembahan yang sangat menarik.
Murid-murid mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh penceramah jemputan.

                    Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment