Tarikh : 14 April 2014
Masa : 1:20 – 2.05 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
GURU-GURU YANG BERTUGAS
Pn Suzelawati bt Zakaria |
Pn Azizah bt Ab Hamid |
Pn Saadiah bt Busrah |
Pn Nor Arzah bt Hussin |
En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim |
Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar
1. Nyanyian lagu
Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi Amir
2. Bacaan doa : Najwan
Danish Danial b Izuan Fazli (2 Anestesiologi)
3. Bacaan Ikrar Rukun
Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Azizah bt Hamid
4. Bacaan ikrar murid : Hurin
Batrisyia bt Ahmad Junaidi (3 Zuhrah)
Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Salina bt Mohd Tasu
1. Murid-murid perlu
prihatin dengan kebersihan kelas masing-masing. Sampah perlu
dibuang di dalam bakul sampah.
2. Murid-murid diminta
memastikan susun atur meja dan kerusi dalam keadaan baik.
Meja disusun dan memasukkan kerusi
sebelum keluar rehat dan balik.
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
1.
Tahun 1: Tempat Pertama : Seruling
Tempat Kedua : Bonang
Tempat
Ketiga : Gambus
2.
Tahun 2: Tempat Pertama : Hematalogi
Tempat Kedua : Anestesiologi
Tempat ketiga : Surgeri
3.
Tahun 3: Tempat
Pertama : Zuhrah
Tempat Kedua : Marikh
Tempat ketiga : Musytari
Ucapan guru bertugas – Pn Azizah bt Ab Hamid
1. Perkataan lawad pada
minggu ini
Bahasa
Melayu - Becok :Suka bercakap
Bahasa Inggeris -Shop :Kedai
Bahasa Arab -Dauratul Mi’ah:Bilik Air
2. Tema pada minggu ini
adalah Budaya Memberi Salam
· Budaya memberi salam
adalah satu amalan yang baik. Contoh salam adalah seperti Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Selamat petang.
· Budaya memberi salam
ini dapat memperlihatkan adab seseorang. Ia juga salah satu cara berkenalan dengan orang lain.
· Murid-murid perlu
memberi salam kepada guru dan juga rakan-rakan yang lain di sekolah.
· Ucapan salam sebelum
guru masuk dan keluar keluar kelas perlu dijadikan rutin tanda ucapan terima kasih.
· Budaya ini perlu
diteruskan semasa di rumah dan juga di tempat yang sepatutnya.
3. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.
Taklimat disiplin – Pn Jumilah bt Ahmad
1. Mengingatkan murid tentang kenderaan ibu bapa/penjaga dan van
sekolah perlu diberhentikan di pagar B sahaja.
2.Pagar A adalah untuk
murid yang berjalan kaki sahaja. Gangguan keluar masuk akan berlaku jika kenderaan luar memberhentikan kenderaan masing-masing di hadapan pagar A
Ucapan oleh Guru Penolong Kanan Petang- Pn Rosmah bt Jamat
1. Beliau menyentuh berkenaan kebersihan kelas. Banyak sampah yang tidak berkutip di dalam kelas. Memaklumkan waktu pertama murid-murid perlu membersihkan kelas sebelum PdP dijalankan. Begitu juga 10 minit yang terakhir sebelum balik, pastikan kelas dalam keadaan bersih dan meja disusun dengan baik.
2. Di samping itu beliau mengingatkan murid agar menjaga diri dan tidak membuat perkara yang mendatangkan kemudaratan. Misalnya selepas bunyi loceng selepas rehat, murid tidak dibenarkan berlari-lari untuk berhimpun di dewan.
3. Murid juga tidak dibenarkan keluar kelas semasa pertukaran guru berlaku dan murid- murid perlu menjaga disiplin diri masing-masing.
Perhimpunan rasmi ditamatkan pada pukul 2.05 petang.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan sesi petang berlangsung;
Dipengerusikan oleh Pn Azizah Ab Hamid |
Nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Negeri Selangor & Sekolah) |
Bacaan Doa |
Bacaan Doa |
Memimpin Bacaan Ikrar
|
Laporan guru bertugas minggu ke-14 oleh Pn Salina Mohd Tasu |
Pemenang Kebersihan Kelas Mingguan |
Taklimat disiplin oleh Pn Jumilah Ahmad |
Ucapan dari Guru Penolong Kanan Petang Pn Rosmah Jamat |
Disediakan oleh :
Arzah Hussin
No comments:
Post a Comment