Monday, April 7, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 14 SESI PAGI ( 07 APRIL - 11 APRIL 2014 )

Tarikh     : 07 April 2014
Masa       : 7.30 - 8.30am
Tempat   : Dataran Perhimpunan

GURU -GURU  BERTUGAS:
1.            En. Mahadir Bin Midun
2.            Pn Ainul Balkish Bt Mohd Aris
3.            Pn Rosmaria Bt Idris
4.            Pn Roseniza Bt Setapa
5.            Pn Noor Azila Bt Ngah
6.            Pn Nurliza Bt Ab Rahman
7.      En Zurilazman Bin Abdullah
8.      Nor-Azura Bt Mustafa


Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.

1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn Astina BtMahad Nor
2.Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal Bin Rahmat
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Pn Ainul Balkish Bt Mohd Aris
4.Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En Kamarul
1.Tahap kebersihan kawasan sekolah (kelas)
·                     Tahap kebersihan kawasan sekolah kurang memuaskan terutamanya bilik darjah.
2. Budaya memberi salam
 
·                     Budaya memberi salam masih kurang memuaskan di kalangan murid. Segelintir daripada murid tidak mengendahkan apabila berjumpa dengan guru. Murid digalakkan mengamalkan budaya memberi salam ketika berjumpa dengan semua semua warga sekolah serta pelawat yang dating melawat.
     
 Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
1.Kelas PPKI 
·                     Tempat pertama Compaq. Tempat Kedua Lenovo. Temapat ketiga Dell   
2.Tahun 4
·                     Tempat pertama Beta. Tempat kedua Gamma. Tempat ketiga Theta.
3.Tahun 5
·                     Tempat pertama Waja. Tempat kedua Persona. Tempat ketiga Wira
4.Tahun 6
·                     Tempat pertama Resak. Tempat kedua Jati . Tempat ketiga Keruing.


Ucapan guru bertugas pada minggu ini. ( Pn Ainul Balkish Bt Mohd Aris )
1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.Perkataan lawad pada minggu ini:
·                     Bahasa Melayu- Payau ( Agak masin )
·                     Bahasa Inggeris - Guest ( Tetamu )
·                     Bahasa Arab  -  Mauzun ( Pisang)
3. Penggunaan makmal 
·                     Makmal 1 - 6 Beta
·                     Makmal 2 - 5 Alza
·                     Makmal 3 - 6 Resak
4. Tema pada minggu ini ialah Gaya Hidup Sihat

 Amalan pemakanan sihat- Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan yang betul serta perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Melakukan aktiviti riadhah atau bersukan – Bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Contoh: Datang aktiviti kokurikulum di sekolah.

- Pergaulan Sesama Rakan – Memilih rakan yang baik dan mencontohi tauladan yang baik.

      Penyampaian Watikah Perlantikan Sahabat PPDa oleh Encik Muhamad Firdaus bin Abu Talib (Pegawai AADK)
·         Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah melantik seramai 20 orang sahabat PPDa di Sk Taman Putra Perdana.
·         Beliau juga memohon agar mewar-warkan apa itu DADAH dan bahayanya dadah.
·         Beliau memohon sumbangan daripada ibu-bapa untuk menjayakan program PPDa di SKTPP.
                               Penyampaian cendera hati kepada En. Muhamad Firdaus

          Penyampaian sijil perlantikan kepada sahabat PPDa

                                                                Ikrar Sahabat PPDa
                                                  Bergambar bersama JK PPDa SKTPP

Ucapan dari pihak pentadbir ( Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali – Guru Besar)

- Beliau menekankan supaya semua murid mengamalkan budaya memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua. Samada guru dan kakitangan mahupun pelawat yang dating melawat ke sekolah.

- Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua murid SK Taman Putra Perdana kerana kelas di SKTPP sentiasa ceria.

 - Puan Guru Besar juga memberi nasihat dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Murid hendaklah hadir ke kelas tambahan mengikut masa yang ditetapkan. Murid juga dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sebelum masuk ke kelas.



No comments:

Post a Comment