Monday, April 7, 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN SAHABAT PPDa 2014

KAMI BENCI DADAH
Alhamdulilah, pada 7 April 2014, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Taman Putra Perdana. Sahabat PPDa ini diwujudkan dengan tujuan membantu guru-guru PPDa dalam melaksanakan program-program PPDa. Program ini membawakan visi sekolah iaitu Sekolah Bebas Dadah, Negara Bebas Dadah Tahun 2015.

Program ini jua telah diserikan lagi dengan kehadiran Encik Muhammad Firdaus bin Abu Talib, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sepang. Penerangan beliau yang ringkas dan padat tentang pengenalan dadah dan kesan pengambilan dadah mampu menarik kesedaran murid tentang bahayanya DADAH.

Seramai 20 orang murid berikut telah diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai Sahabat PPDa. Tahniah diucapkan. Semoga Sahabat PPDa ini dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya menjadi perintis semangat kepada rakan-rakan yang lain dalam memerangi gejala negatif ini.

Barisan Sahabat PPDa sedang melafazkan ikrar
1. Muhammad Hazmi bin Zuraini (6 Seraya) - Ketua
2. Shakira Binti Shaffri (6 Seraya) - Penolong Ketua
3. Nur Aina Batrisyia binti Mohd Amin (6 Seraya)
4. Atirah An-Nur Binti Zainudin (6 Nyatoh)
5. Siti Zulaika binti Mohamad Sakroji (6 Keruing)
6. Akid Darwish bin Rashdan (5 Wira)
7. Tengku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawalludin (5 Wira)
8. Zaid Arrazi bin Ahmad Kamil (5 Wira)
9. Nur Yasira binti Azahar (5 Wira)
10. Aminul Aiman bin Abdullah (5 Waja)
11. Mohamad Adzim Adha bin Mohamad Rosli (5 Waja)
12. Muhammad Afiq bin Hasbullah (5 Waja)
13. Farah A'isyah binti Zainal Abidin (5 Viva)
14. Nur Aina Syafinaz binti Sahruni (5 Viva)
15. Syamimi Faqihah binti Harun (5 Viva)
16. Muhamad Nora'ziim bin Yushasnul (4 Zeta)
17. Majdina Afiqah binti Mahadir (4 Zeta)
18. Nurin Sofiya Ilyana Binti Mohamad Saifulazli (4 Zeta)
19. Muhamad Adam Farhan bin Mohd Tarmizi (4 Theta)
20. Anis Hakimah binti Muhamad Azlin (4 Theta)

Berikut merupakan paparan gambar sepanjang majlis

Ucapan Aluan yang bersemangat oleh Pn Hjh Rohaidah
Ucapan oleh Encik Firdaus, Pegawai Anti Dadah


 Wajah-wajah ceria murid semasa menerima watikah pelantikan masing-masing

Simbol 'Saya Benci Dadah' sebagai tanda komitmen warga sekolah dalam membanteras dadah
Penyerahan cenderahati daripada pihak sekolah

No comments:

Post a Comment