Thursday, April 17, 2014

MSSD BOLA JARING DAERAH SEPANG

Hari: Selasa dan Rabu
Tarikh: 15 April 2014 (Selasa) dan 16 April 2014 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuarters KLIA
Penganjur: PPD Sepang dan SK Taman Pantai Sepang Putra

Perlawanan MSSD Bola Jaring Daerah Sepang ini telah berlangsung selama 2 hari di Dewan Kuarters KLIA. Permainan berlangsung secara liga. Terdapat 4 kumpulan iaitu kumpulan A (7 buah sekolah), B (6 buah sekolah), C (7 buah sekolah) dan D (7 buah sekolah). SK Taman Putra Perdana berada dalam kumpulan B.

Kumpulan B terdiri daripada sekolah:-
1. SK Taman Seroja
2. SK Cyberjaya
3. SJK (T) Ampar Tenang
4. SK Salak
5. Sek Rendah Agama Integrasi (SRAI)
6. SK Taman Putra Perdana

Terdapat 5 perlawanan dalam kumpulan yang mana SK Taman Putra Perdana telah menjadi Johan dalam kumpulan B. Keputusan bagi setiap perlawanan dalam kumpulam adalah:-
SK Taman Putra Perdana vs SJK (T) Ampar Tenang = 13 - 0
SK Taman Putra Perdana vs Sek Rendah Agama Integrasi = 6 - 5
SK Taman Putra Perdana vs SK Cyberjaya = 9 - 0
SK Taman Putra Perdana vs SK Salak = 12 - 0
SK Taman Putra Perdana vs SK Taman Seroja = 8 - 1

Oleh itu, SK Taman Putra Perdana masuk peringkat suku akhir yang mana melawan pasukan dari SK Jenderam Hilir. SK Taman Putra Perdana telah memenangi bahagian suku akhir petandingan dan mara ke peringkat separuh akhir yang mana kemenangan berpihak kepada SK Taman Putra Perdana. Perlawanan separuh akhir SK Taman Putra Perdana melawan pasukan dari SK Taman Pantai Sepang Putra (Johan pertandingan tahun lepas), SK Taman Putra Perdana memenagi perlawanan tersebut dan terus mara ke peringkat akhir melawan pasukan dari Sek Ren Agama Integrasi.

Perlawanan antara SK Taman Putra Perdana dan Sek Rendah Agama Integrasi amat sengit. Nasib tidak menyebelahi pasukan SK Taman Putra Perdana, yang mana Sek Rendah Agama Integrasi menjadi johan dengan mata 3 - 2. SK Taman Putra Perdana menjadi naib johan.

Oleh yang demikian, tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih pasukan serta ahli-ahli pasukan bola jaring SK Taman Putra Perdana kerana memberikan komitmen serta saingan yang sengit kepada pasukan lawan. Ini adalah berkat usaha serta bimbingan jurulatih iaitu Cikgu Noranismawati bt Mohd Faudzi dalam meningkatkan kualiti permainan pasukan bola jaring sekolah sehingga memenangi naib johan bagi permainan bola jaring ini. Dalam masa yang sama, usaha gigih ahli-ahli pasukan bola jaring sekolah yang bermain dengan bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan berlangsung serta memberikan komitmen yagn tinggi sepanjang latihan.

Insha Allah pada masa akan datang dengan adanya usaha, doa serta kerjasama dari semua pihak warga SK Taman Putra Perdana khususnya guru-guru akanmeningkatkan lagi pencapaian tersebut dan seterusnya menaikkan serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan sekali lagi serta penghargaan buat jurulatih pasukan bola jaring khususnya CIKGU NORANISMAWATI BT MOHD FAUDZI, JURULATIH-JURULATIH LAIN serta AHLI PASUKAN BOLA JARING sekolah.

Paparan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang 2 hari perlawanan.




Team netball SKTPP Benci Dadah




Guru Besar turut hadir memberi sokongan


Acara penyampaian hadiah












Setinggi-tinggi tahniah pasukan bolajaring SKTPP!

No comments:

Post a Comment