Sunday, April 27, 2014

Pelancaran Program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (MERKUR1) 2014

Tarikh : 26 April 2014

Masa  : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : SK Taman Putra Perdana


Pada hari ini, terukir memori indah di SKTPP kerana dipilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Pelancaran Program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (MERKUR1) peringkat daerah Sepang. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd Sharif (ADUN Dengkil) yang telah berbesar hati merasmikan seterusnya melancarkan program tersebut. Hadirin telah dimaklumkan oleh Pengerusi MGB Daerah Sepang bahawa Y.B. Tuan Shahrum telah berbesar hati menambah sumbangan dana MERKUR1 daripada RM5000 kepada RM8000 yang meliputi sekolah-sekolah di DUN Sg. Pelek & Batu Laut. Hal ini telah diumumkan oleh YB semasa Mesyuarat Agung MGB Daerah Sepang pada hari Selasa 22.4.2014 yang lepas. Sesi penyerahan 'Mock Cheque' daripada YB kepada Pengurus Syarikat One Touch Sdn. Bhd (Zoom A) turut dilangsungkan pada hari ini.


Turut sama memeriahkan majlis adalah tetamu-tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Sailan bin Misran mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Pengerusi  Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang, Encik Sukimin bin Juki, Pengurus dan staf One touch Education Sdn. Bhd., guru besar-guru besar, penyelaras-penyelaras tahun 6 dan murid-murid dari SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti, SK Cyberjaya dan SJK(C) Sin Ming yang merupakan sekolah-sekolah Zon 1. Program yang sama akan turut diadakan di SK Dengkil & SK Dato' Abu Bakar Baginda bagi Zon 2 dan 3 seterusnya di sekolah- sekolah DUN Sg. Pelek & Batu Laut.


Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik murid sekolah di daerah Sepang terutamanya pencapaian UPSR, membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan murid dan membina hubungan baik atas nama perpaduan 1Malaysia dengan sekolah-sekolah berhampiran. Selain majlis perasmian, turut diadakan Kem Perdana Zoom-A yang disertai murid-murid dan guru-guru dari sekolah terbabit bertempat di Makmal Komputer.


Berikut adalah momen-momen yang sempat dirakamkan sepanjang pelancaran Program MERKUR1 2014. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Shahrum, PPD Sepang, MGB Sepang, sekolah-sekolah yang terlibat serta pihak Zoom-A yang telah bermurah hati menyumbang kos pelancaran majlis.


Disediakan oleh :
Pn Khaironnajmi binti Haron & Pn Norliza binti Ali

No comments:

Post a Comment