Wednesday, April 23, 2014

Laporan Aktiviti Karnival Kawad Kaki Unit Uniform 2014

Pada hari Rabu, 23 April 2014 telah diadakan Karnival Kawad Kaki Unit Uniform peringkat sekolah bagi tahun 2014.

Antara objektif karnival ini, murid-murid:
i.
boleh menambahkan pengetahuan tentang kemahiran kawad kaki.
i.
dapat menarik minat murid-murid supaya menyertai aktiviti unit uniform yang dianjurkan.
iii.
dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan.

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Pasukan BSMM menghantar tiga pasukan, Pengakap Kanak-kanak tiga pasukan, TKRS dua pasukan, Pandu Puteri Tunas empat pasukan, dan Pergerakan Puteri Islam menghantar empat pasukan.

Pertandingan diadili oleh Puan Zuraini Ismail, Encik Hafiz Mohd Nor, Puan Parimala, Puan Nurliza Ab Rahman, dan Puan Nor Azura Asir manakala ketua pengadil ialah Encik Tarmiji bin Sabali.




Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:
Johan BSSM ialah Kumpulan Dua dengan 61.50 markah.
Johan Pengakap Kanak-kanak ialah Kumpulan Tiga dengan 72.75 markah.
Johan TKRS ialah Kumpulan Dua dengan 60.50 markah.
Johan Pandu Puteri Tunas ialah Kumpulan Empat dengan 73.25 markah.
Johan Pergerakan Puteri Islam ialah Kumpulan Tiga dengan 68.75 markah.
                                                                                                                                        
Johan keseluruhan ialah pasukan Kumpulan  Empat daripada Pandu Puteri Tunas. Kumpulan ini menerima piala pusingan. Kesemua ahli pasukan yang menang menerima medal daripada Encik Tarmiji bin Sabali yang mewakili Penolong Kanan Kokurikulum.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid dan guru yang memberi kerjasama yang baik dalam merealisasikan Karnival Kawad Kaki Unit Uniform 2014 ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan pada tahun-tahun hadapan, insya-Allah.

Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda,
Penyelaras Program.

No comments:

Post a Comment