Wednesday, April 16, 2014

Laporan Penyertaan Pertandingan Piala Diraja Daerah Sepang 2014

Pada 16 April 2014, adik Nur Syazmiera Alida bt Mohd Fauzi dari kelas 6 Seraya telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja Daerah Sepang 2014. 

Pertandingan ini diadakan di SJK(T) Taman Permata, Sepang. 
Adik Syazmiera berpidato atas tajuk ‘Disiplin Asas Kecemerlangan Diri’ manakala tajuk pidato spontannya ialah ‘Cara-cara Untuk Menceriakan Kawasan Sekolah’

Pertandingan pada tahun ini sangatlah sengit kerana para pemidato berupaya berhujah dengan baik dalam bahagian spontan.




Adik Syazmiera mampu mendapat hadiah saguhati daripada 18 orang peserta.

Tahniah diucapkan kepada adik Syazmiera kerana berani untuk mengambil bahagian.


Semoga dia cemerlang pada masa-masa hadapan, insya-Allah. Sekian.

Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda,
Jurulatih.


No comments:

Post a Comment