Monday, April 14, 2014

Mesyuarat AJK Pelaksana Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014

SK Taman Putra Perdana telah terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Seremban 2 pada 28 April 2014 (Isnin). Sehubungan dengan itu, satu ahli jawatankuasa  pelaksana telah ditubuhkan bagi menjayakan kejohanan tersebut yang terdiri daripada lapan orang guru iaitu :
1. Encik Saifullah bin Mat Saupi
2. Encik Zainuddin bin Kalam
3. Puan Rozaitul Ikhma binti Ab Razak
4. Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
5. Encik Srimahathevan
6. Encik Jamillullail bin Junit
7. Puan Suhaizan binti Sukiman
8. Cik Noor Azlinda  binti Kasmin

Oleh yang demikian, satu mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan pada 14 April 2014, Isnin, bertempat di bilik mesyuarat Sk Taman Putra Perdana pada jam 1.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh dua orang Pegawai Teknik Hoki Daerah Sepang iaitu :
1. Encik Tun Mohamed Shahriman bin Mohd Suhaimi (Pegawai Teknik Menengah)
2. Encik Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim (Pegawai Teknik Rendah)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PK Kokurikulum, Encik Ahmad Fuadi bin Sarham. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Encik Tun Mohamed Shahriman (Pegawai Teknik Menengah) dan Encik Ahmad Mustaqiem (Pegawai Teknik Rendah) bersama Encik Ahmad Fuadi (PK Kokurikulum)

AJK Pelaksana Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014

Tekun mendengar taklimat oleh Pegawai Teknik





Semoga Kejohanan Hoki MSSD Sepang berjalan dengan lancar dan jayanya.




Disediakan oleh:
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Setiausaha Sukan


No comments:

Post a Comment