Saturday, April 12, 2014

PROGRAM MOTIVASI ANJAKAN MINDA 2014

    Pada 12 April 2014 ( Sabtu) yang lepas, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan satu program iaitu Program Motivasi Anjakan Minda di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKTPP. Program ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 seramai 179 orang. Ia diadakan di Dewan Perdana SKTPP bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Antara objektif program ialah :-
1. Mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan di tahap 2.
2. Mewujudkan sikap kerjasama dan tolak ansur sesama ahli pasukan dalam mencapai kejayaan
3. Mendapat motivasi dan berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan
4. Dapat membina matlamat yang jelas bagi mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik

     Coach Isma Izuan b Ismail dan Coach Saffian b Mahmud Mohayuddin dari Motivator JMG Consultant Malaysia telah dipilih untuk mengendalikan program tersebut. Program ini telah dibahagikan kepada 3 slot iaitu :- Slot pertama : Motivasi Pelajaran dan Persediaan Minda
          Slot kedua    : Strategi dan Teknik Belajar Yang berkesan
          Slot Ketiga   : Sentuhan Kalbu (Aku Permata Ayahbonda)

Slot pertama dan kedua telah dikendalikan oleh Coach Isma Izuan b Ismail manakala slot ketiga oleh Coach Saffian b Mahmud Mohayuddin.

PENDAFTARAN

PERMULAAN SLOT
COACH ISMA IZUAN 
SLOT 2
COACH SAFFIAN MAHMUD MOHAYUDDIN
REHAT
SLOT 3 - MUHASABAH
KAMI BENCI DADAH
MAJLIS PENUTUP
Disediakan oleh Safinatunnajakh, Rosmawati & Nurzainon

No comments:

Post a Comment