Monday, September 8, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-34 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 8 September 2014
Masa     : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
1. En Srimahathevan  (K)
2. Pn. Hasliza Binti Said
3. Pn. Nora Azean Binti Che Othman
4. Pn. Aishah Binti Mohd Nor
5. Pn. Norhana Binti Nordin
6. Pn. Norasmawati Binti  Omar
7. Pn. Juli Binti Mahbah
8. Pn. Noorhanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
9. Pn. Nurul Iman

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar:
a) Nyanyian dipimpin oleh Puan Astina binti Mad Nor.
b) Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya)
c) Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn Aishah Mohd Nor
d) Ikrar Murid : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (6 Seraya)
 
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En Tarmiji Bin Sabali :
i.  Murid-murid diingatkan agar menunaikan solat  fardhu  zuhor  terlebih dahulu sebelum 
    mengikuti aktiviti kokurikulum.
ii. Murid harus mengikuti  aktiviti kokurikulum kerana penglibatan kokurikulum adalah
   sangat penting .
iii. Tiada pemenang untuk keceriaan kelas kerana pada minggu lepas adalah kerja-kerja
    mengemaskini kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan UPSR.

Ucapan guru bertugas oleh Pn  Aishah Mohd Nor :
Tema : Hari Malaysia
      - Tema pada bulan ini adalah Hari Malaysia yang mana ianya jatuh pada setiap  tarikh 16
         September.
                 - Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap  tahun untuk memperingati
                   penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan
                   penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura
                   bagi membentuk Malaysia.
     -  Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang 
         Di-Pertua  Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di 
         Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga 
         merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Perkataan LAWAD :
i.   Bahasa Melayu  – Kudrat
ii.  Bahasa Inggeris – Guest ( Tetamu)
iii. Bahasa Arab      – Ghaalin ( halal )

 Ucapan daripada Guru Besar Puan Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali.  
i.                      Beliau telah menekankan bahawa hari peperiksaan UPSR akan bermula pada 9 September 2014 dan meminta semua guru dan murid menadah tangan berdoa dan berharap agar murid  tahun 6 akan berjaya dengan cemerlang.
ii.                     Murid juga diingatkan bahawa datang ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan yang mana pada hari Selasa adalah murid tahun 3, Rabu-murid tahun 4 dan Khamis-murid tahun 5.



Disediakan oleh:
Puan Hasliza Bt Said

No comments:

Post a Comment