... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, September 28, 2014

Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2014 (Sesi Petang)

Pada 26 September 2014, bertempat di Dewan Perdana dan Dewan Putra, SK Taman Putra Perdana, telah berlangsungnya majlis yang cukup meriah sempena Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah.

Antara pengisian sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan ini, adalah seperti pertandingan mewarna poster (murid tahun 1), Pakaian beragam (murid tahun 2) dan koir (murid tahun 3).

Adalah diharapkan sepanjang berlangsungnya penghayatan bulan kemerdekaan ini, semua guru dan murid dapat menyemai semangat cintakan negara Malaysia yang tercinta ini.  Semoga sambutan sebegini juga dapat memupuk dan memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

Kemuncak majlis ini diserikan lagi dengan gelagat dan aksi para peserta tahun 2 dalam memperagakan pakaian mereka dalam pertandingan pakaian beragam. Seterusnya majlis disusuli dengan penyempurnaan penyampaian hadiah oleh Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kepada barisan pemenang.

Berikut adalah warna-warni sepanjang majlis berlangsung.


Persiapan para peserta pakaian beragam
Pengacara majlis dan juga para hakim pertandingan pakaian beragam

Persembahan istimewa dari murid dan juga guru 

Barisan peserta dan pemenang pakaian beragam. "Kami Benci Dadah"
1. Ucapan penutupan oleh Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali
2. Penyampaian hadiah kepada barisan pemenang pertandingan

Wajah-wajah gembira peserta yang berjaya

No comments:

Post a Comment