... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 4, 2014

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin Tahun 6

4 September 2014 : Alhamdulilah syukur pada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR telah berjaya diadakan bersama calon-calon UPSR, ibu bapa dan guru-guru SKTPP. Kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan amat memberangsangkan. 

Program ini telah dihiasi dengan pelbagai acara penuh barakah dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, solat hajat , solat Isya' dan ceramah motivasi. Penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Hanafiah bin Abdul Malek; penceramah tersohor  di TV9 yang diundang khas berjaya membangkitkan semangat semua yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah jua hendaknya. Semoga anak-anak murid Tahun 6 SKTPP akan beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada minggu hadapan.


 Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 5A.
Ameen ya rabbal alamin




No comments:

Post a Comment