Monday, September 22, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-35 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 September 2014
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
  1. Encik Pazli bin Zawawi
  2. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
  3. Puan Rosmizawati binti Yusub
  4. Puan Azwani binti Noordin
  5. Puan Rima binti Ma'on
  6. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  7. Puan Norinna binti Mohamed
Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Noor.
  2. Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhamad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya).
  3.  Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz.
  4. Ikrar murid diketuai oleh adik Alani Fatini binti Azizul Syahril (6 Seraya).
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norasmawati binti Omar
  1. Memberi teguran kepada murid-murid yang merosakkan almari di bilik j-QAF dan menasihatkan kepada semua murid agar menjaga harta benda awam.
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
Tema : Budaya Menuntut Ilmu
  1. Ilmu dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain - semua orang perlu menuntut ilmu tanpa mengenal usia.
  2. Ilmu dapat meningkatkan taraf hidup kita - dapat mencari peluang pekerjaan yang baik.
  3. Orang yang berilmu akan berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.
Perkataan LAWAD
  1. Bahasa Melayu : jerlus bermakna terperosok
  2. Bahasa Inggeris : wobble bermakna bergoyang-goyang
  3. Bahasa Arab : mu-bak-ki-ran bermakna cepat
Ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
  1. Mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang hadir ke sekolah pada hari ini setelah bercuti selama seminggu.
  2. Mengingatkan semua murid tahun 6 agar bersedia untuk menghadapi UPSR bagi kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September 2014 dengan harapan keputusan UPSR 2014 adalah yang terbaik.
  3. Mengingatkan kepada semua murid bahawa pada 27 September 2014 (Sabtu) merupakan sekolah ganti (jadual hari Jumaat )sempena perayaan Deepavali.
  4. Memaklumkan pada 23 September 2014 (Selasa), sekolah kita akan menjadi tuan rumah Mahrajan j-QAF Dikir Barat Peringkat Daerah Sepang bertempat di SMK Putra Perdana dan pada 24 September 2014 (Rabu) pula sekolah kita akan bertanding Kalam Jamaie (Bicara Berirama) Peringkat Daerah Sepang di SK Desa Pinggiran Putra.
Paparan gambar yang sempat dirakam sepanjang perhimpunan berlangsung:

Ucapan guru bertugas minggu lepas,
Puan Norasmawati binti Omar
Ucapan guru bertugas minggu ini,
Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
Barisan guru bertugas minggu ini
Ucapan Guru Besar,
Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali

No comments:

Post a Comment