Monday, September 1, 2014

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Tahun 6 Fasa 2 / 2014

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk murid Tahun 6 adalah agenda tahunan sekolah yang bertujuan mengumpulkan murid, ibu bapa dan guru untuk sama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Ilahi agar diberi kemudahan murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR sekaligus memperoleh kejayaan cemerlang.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh      : 4 September 2014
Hari         : Khamis
Masa       : 7.00 hingga 10.00 malam

Slot ceramah motivasi juga diadakan dan penceramah jemputan adalah Al Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek yang mana wajahnya sering muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

Semua guru, AJK PIBG dan ibu bapa murid-murid Tahun 6 dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment