Thursday, September 11, 2014

Pegawai Pembangunan PPD melihat kerosakan akibat ribut

Pagi ini Pegawai Pembangunan dan Bekalan PPD Sepang; En. Samsudin bin Talib telah turun ke sekolah melihat sendiri kesan-kesan kerosakan bangunan sekolah akibat ribut yang melanda pada Selasa lepas. Beliau telah diberi taklimat oleh PK Pentadbiran; Tn. Hj. Ahmad Fuadi melawat ke kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah yang terlibat. Beliau memaklumkan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu pihak sekolah mengatasi masalah tersebut. Selepas ini pihak kontraktor yang dikenalpasti akan datang ke sekolah untuk berbincang dengan pihak sekolah. Terima kasih buat PPD yang prihatin dengan kesulitan kami. Semoga kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan dengan segera.

Perbincangan GB, GPK 1 bersama En. Samsudin

   Selain berbincang tentang kerosakan bumbung, pihak sekolah juga mengambil peluang mengadu beberapa kerosakan lain yang memerlukan bantuan PPD iaitu;
1) Siling-siling kelas tingkat atas yang reput disebabkan hama dan bangkai burung merpati yang telah menyebabkan masalah kegatalan kepada murid-murid
2) Tingkap nako yang berkarat dan ketat dek hujan
3) Perancangan untuk menukar kedudukan rumah sampah ke tapak yang lebih strategik yang akan memudahkan lori sampah 
Semoga mendapat perhatian dan peruntukan dari pihak PPD!!

No comments:

Post a Comment