Wednesday, September 3, 2014

Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis Kepada Calon UPSR 2014

Pada hari Rabu 3 September 2014 usainya acara perhimpunan mingguan di tapak perhimpunan SKTPP, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis daripada YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif yang merupakan ADUN Dengkil kepada murid-murid Tahun 6. Beliau dengan sukacitanya telah mewakilkan En Rushdan bin Mohamed dan diringi oleh Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku YDP PIBG SKTPP bagi menyampaikan sumbangan yang amat bermakna kepada murid-murid yang bakal menduduki Peperiksaaan UPSR pada 9 hingga 11 September 2014 nanti.

Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima sumbangan tersebut kerana ini adalah tanda keprihatinan YB terhadap murid-murid di SKTPP. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat murid-murid pada tahun ini.

Berikut adalah paparan gambar sekitar majlis ini berlangsung.

 Pn Norhafiza selaku juru acara memulakan majlis.
Ucapan terima kasih dari Tn. Hj. Khairul Azhar YDP PIBG SKTPP
Ucapan semangat dari En Rushdan bin Mohamed
yang mewakili YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif
Wajah ceria murid-murid calon UPSR pada tahun ini.
Majlis Penyerahan Alat Tulis berlangsung dengan jayanya.
Keterujaan murid-murid menerima sumbangan .
Terima Kasih YB!!!!...laungan murid-murid
Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam UPSR.
Itulah kata-kata semangat dari En Rushdan untuk semua calon UPSR SKTPP 2014... 

No comments:

Post a Comment