Friday, September 26, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2014 (Sesi Pagi)

Pada 26 September 2014, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia  tahun 2014 telah diadakan. Sambutan ini diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. 

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Objektif program adalah seperti berikut:

1) Menyemai semangat cinta akan negara.
2) Menyemai semangat 1Malaysia.
3)Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa  tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
4)  Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
5)  Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Antaranya ialah koir (Tahun 4), Reka Cipta Bahan Terbuang (Tahun 5) dan Kuiz Merdeka (Tahun 6). Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia :

Pengaca majlis: Pn Nurliza bt Ab. Rahman

Barisan Pentadbir

Bacaan Doa oleh Ust Mahadir bin Midun

Hadiah-hadiah para pemenang

Ucapan Guru Besar Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali

penyampaian hadiah (Koir Tahun 4)



Persembahan dari murid PPKI

Persembahan murid-murid Prasekolah

Koir Tahun 4 (Theta)

Koir Tahun 4 (Zeta)

Koir Tahun 4 (Sigma)

Disediakan oleh :
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Juli bt Mahbah

No comments:

Post a Comment