... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 25, 2014

Mahrajan j-QAF Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2014

Pada 23 dan 24 September 2014 telah diadakan program Mahrajan j-QAF Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2014M / 1435H. Program ini melibatkan  tiga acara iaitu Kuiz, Dikir Barat Bahasa Arab dan Kalam Jamaie. Program ini adalah program tahunan yang dilaksanakan di bawah Sektor Pendidikan Islam.  SK Taman Putra Perdana tidak ketinggalan menghantar peserta untuk menyertai mahrajan pada tahun ini.
   Tema mahrajan pada tahun ini ialah " Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiah". Mahrajan dikir barat diadakan di SMK Putra Perdana manakala kalam jamaie diadakan di SK Desa Pinggiran Putra.

Tujuan Mahrajan diadakan adalah untuk
  1. Memberi peluang kepada peserta untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan. 
  2. Mewujudkan semangat  persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.
  3. Melahirkan peserta yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
  4. Memperkembangkan potensi peserta dan bidang Kokurikulum Pendidikan Islam.
  5. Mencari pemenang yang akan mewakili Daerah Sepang. 
Antara gambar sepanjang program berlangsung:

Pendaftaran dari kumpulan Dikir Barat

Pasukan Dikir Barat SKTPP sedang membuat persembahan

Jawatankuasa pelaksana Mahrahan j-QAF 

SKTPP telah berjaya mendapat tempat ke-2

Bergambar sebelum pertandingan kalam jamaie bermula

Persembahan Kalam Jamai'e sedang berlangsung

No comments:

Post a Comment