Monday, September 8, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-34 (Sesi Petang)

Tarikh   : 8 September 2014
Masa     : 1.20- 1.50 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan
                                                       
Guru Bertugas :
1. Pn Yusnita bt Yunus (K)
2. Pn Noor Hafizan bt Che Abdul Rahman
3. Pn Suriyana bt Salim
4. Pn Shurhama bt Ahmad
5. Pn Julali bt Onian
6. En Rusydan b Ismail
                                                                       
Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar:
1. Nyanyian dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Najwan Danish Danial b Izwan Fazli (2 Anestesiologi)
3. Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn Suriyana bt Salim.
4. Ikrar murid dipimpin oleh adik Hurin Batrisya Amani bt Ahmad Junaidi Doiniljalani (3 Zuhrah).

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Pn Norazah bt Mohd Ali
1. Memberi teguran terhadap murid yang suka bermain (menepuk lantai) dan mengingatkan agar
    tidak melakukan perkara tersebut kerana menyebabkan tangan menjadi kotor.
2. Meminta murid agar menjaga kebersihan kelas agar kelas sentiasa bersih dan selesa sebagai
    tempat belajar.
3. Memberi peringatan kepada semua agar tidak berlari sewaktu bergerak dari kelas untuk ke bilik-
    bilik khas.

 Ucapan Guru bertugas : Pn Suriyana bt Salim
Tema; Hari Malaysia - sambutan oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap 16 September
bagi setiap tahun. Sambutan Hari Malaysia ini adalah sempena memperingati  penubuhan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perkataan LAWAD :
1. Bahasa Melayu : Kudrat
2. Bahasa Inggeris : Guest-tetamu
3. Bahasa Arab : Ghaalin-halal

Ucapan PK Petang: Pn Rosmah bt Jamat
1.      Pn Rosmah mengingatkan kepada semua murid bahawa peperiksaan UPSR akan bermula pada 
9 September 2014 hingga 11 September 2014. 
2.      Semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 direhatkan dan tidak perlu hadir ke sekolah pada tarikh 
tersebut. Bagi murid Tahun 3 pula perlu hadir ke sekolah  pada 9 September 2014 (Selasa). 
3.     Waktu persekolahan semua murid pada tarikh ini ialah pada sesi pagi sahaja. Oleh itu, 
persekolahan pada sesi petang ditangguhkan. 

4.     Semua murid diminta hadir ke sekolah pada hari Jumaat seperti biasa pada sesi petang.

No comments:

Post a Comment