Monday, September 8, 2014

Majlis Mohon Restu Ilmu murid-murid tahun 6

Pada hari Isnin 8 September2014 bertempat di Dewan Perdana telah berlangsungnya Majlis Mohon Restu Ilmu. Aktiviti diadakan pada pukul 8.40 pagi dengan dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Zurilazman bagi memberkati majlis. Majlis diikuti dengan ucapan adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain selaku Ketua Pengawas SKTPP mewakili semua murid Tahun 6 sarat dengan ucapan terima kasih cikgu yang amat menyentuh perasaan.

Atur cara majlis :

9.00 : Ucapan En Ahmad Fuadi bin Sarham (GPK Kurikulum)
9.10 : Ucapan dari Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
         (Guru Besar SKTPP)
9.30 : Nyanyian Lagu Semangat  "Gemuruh Jiwa"
         Murid-murid bersalam-salaman mohon kemaafan dari semua guru
9.50 : Majlis bersurai

Sebagai penutup majlis, murid-murid diringi oleh guru bertugas  ke bilik peperiksaan untuk taklimat tatacara di dalam bilik peperiksaan.

Berikut adalah gambar sekitar majlis berlangsung:


Bacaan Doa penuh syahdu oleh Ustaz Zurilazman
Ucapan dari GPK Kurikulum En Ahmad Fuadi bin Sarham
Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (GB SKTPP) turut memberikan ucapan semangat
Barisan guru sedia untuk bersalam bagi acara restu ilmu.
Wajah calon UPSR 2014
Barisan guru tahun 6 
Guru -guru yang turut serta dalam majlis Mohon Restu Ilmu

1 comment: