Saturday, April 4, 2015

Kejohanan Sukan Tahunan 2015

Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT berkat kurniaanNya Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-12  telah berlangsung dengan jayanya. Kemuncak acara kejohanan sukan tahunan ini telah disempurnakan dengan persembahan perbarisan antara rumah-rumah sukan, pertandingan hiasan khemah tercantik dan kejohanan olahraga yang merangkumi acara lompat jauh, acara lontar peluru, acara lompat tinggi, acara lari berpagar dan acara lari berganti-ganti.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Hj. Mat Jah b. Roslan yang telah merasmikan kejohanan. Turut hadir ialah YDP PIBG, Tuan Hj. Khairul Azhar  b. Mohammad Suffian serta barisan AJK PIBG.

Tahun ini flora yakni bunga-bungaan telah dipilih sebagai tema. Pelbagai jenis bunga mengikut warna rumah masing-masing telah dihasilkan untuk persembahan perbarisan dan hiasan khemah. Setiap rumah mempamerkan kreativiti masing-masing yang sangat menarik lagi awesome.

Meskipun padang sangat becak ekoran hujan yang berterusan sebelum ini namun ia tidak menjejaskan kemeriahan sukan. Terima kasih buat Tuan PPD Sepang, PIBG dan semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat padu. Semoga kejohanan sukan ini dapat memberikan kepuasan dan impak yang terbaik kepada murid-murid serta semua pihak.

Antara paparan yang dapat dikongsikan sepanjang berlangsungnya Sukan SKTPP...


Di holding room

Perbarisan rumah sukan

Pemarkahan rumah sukan

Khemah terbaik dimenangi oleh rumah Merah
SU Sukan, PK Koku dan GB bergambar kenangan

 Tn. PPD melepaskan acara prasekolah
Acara PPKI
Penyampaian hadiah

                                     
Acara tarik tali guru vs bapa

Tahniah!


Kami Benci Dadah!

Keputusan penuh bagi semua pasukan adalah seperti berikut :




Tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya teruskan usaha anda...dan kepada semua murid SKTPP "Majulah Sukan untuk Sekolah dan Negara".


Disediakan oleh:
Pn. Yusnita

No comments:

Post a Comment