Wednesday, April 29, 2015

Kursus Asas Komunikasi Sahabat PPDa

Sahabat PPDa merupakan agen utama yang membantu guru-guru bagi menggerakkan aktiviti PPDa dan menyampaikan maklumat semasa berkaitan PPDa kepada rakan-rakan di sekolah. Justeru itu bagi memantap kemahiran komunikasi Sahabat-Sahabat PPDa ini, pada hari ini telah berlangsung satu ceramah khas iaitu Kemahiran Asas Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Haswandi b. Ahmad bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP.

Antara objektif program ini diadakan  adalah :

  • Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisyen dan berketrampilan kepada peserta.
  • Melahirkan Sahabat PPDa yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan.
  • Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovasi dalam melaksanakan program PPDa di sekolah.
  • Melahirkan Sahabat PPDa yang berkarisma dan berfikiran strategik serta cekap dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.

 Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman dan sesi ceramah oleh En. Mohd. Haswandi

 Sesi Ice Breaking

 Antara aktiviti yang djalankan semasa sesi ceramah

 Peserta mencari bahan terpakai untuk LDK

 Menyiapkan tugasan dalam sesi LDK

Sesi pembentangan hasil kerja kumpulan
 Kami Benci Dadah!!

No comments:

Post a Comment