Monday, April 6, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

HARI               :   Isnin
TARIKH          :  6 April 2015
MASA             : 
 1.20 - 1.50 petang


GURU BERTUGAS:
1. Pn. Salina bt. Mohd Tasu
2. Pn. Suzelawati bt. Zakaria
3. Pn. Azizah Ab Hamid
4. Pn. Norlida bt. Othman
5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. En. Muhammad Saiffol



LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).

Pn. Salmi Amir
b) Bacaan doa oleh pengawas, Arif Arfan b. Abd. Razak (3 Surgeri).


Adik Arif Arfan membacakan doa

c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suzelawati bt. Zakaria.

d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa bt. Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi).
Adik Nuraneesa membaca ikrar murid

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Maizara bt. Mahat)

a) Murid dilarang berlari semasa waktu rehat dan waktu balik. Beratur dan berjalan ke bilik-bilik khas dan bila pergi untuk aktiviti pendidikan jasmani.


b) Murid dinasihati untuk membuang sampah ke dalam tong sampah.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suzelawati bt. Zakaria)


a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.


b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Perkataan LAWAD minggu ini:


     Bahasa Melayu    : bangku
     Bahasa Inggeris  : cousin (sepupu)
     Bahasa Arab         : jamilun (cantik)


d) Tema minggu ini: Menjaga dan Menyayangi Harta Benda Sekolah


Murid dinasihati untuk menjaga harta benda sekolah seperti meja, kerusi, papan kenyataan dan lain-lain, Barang-barang ini adalah hak bersama dan sekiranya dijaga dengan elok, generasi seterusnya masih dapat menggunakannya lagi.



Pn. Suzelawati, pengerusi majlis
Murid-murid sesi petang


Murid-murid sesi petang
e) Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 

TAHUN 1  JOHAN                 : 1 Uranium
                    NAIB JOHAN      : 1 Platinum
                    KETIGA               : 1 Kuprum

TAHUN 2  JOHAN                 : 2 Angklung
                    NAIB JOHAN      : 2 Gambus
                    KETIGA               : 2 Kompang

TAHUN 3  JOHAN                 : 3 Surgeri
                    NAIB JOHAN      : 3 Pediatrik
                    KETIGA               : 3 Kardiologi


4. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-12

a) Pn. Suzelawati mengumumkan juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang telah berlangsung pada Sabtu, 4 April 2015 yang lepas.


    Juara           : Rumah Biru

    Naib Juara : Rumah Jingga
    Ketiga         : Rumah Kuning
    Keempat    : Rumah Merah
    Kelima        : Rumah Hijau

b) Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali, Guru Besar SKTPP telah sudi untuk menyampaikan anugerah-anugerah berikut:


    Atlet Harapan Lelaki            : Nazrin b. Mohd Nizam (Rumah Jingga)

    Atlet Harapan Perempuan : Nur Aleyana Syahira bt. Mohd Jamil (Rumah Merah)

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga ia akan memberi semangat kepada pemenang untuk lebih maju pada masa depan. Kepada murid-murid yang lain, jangan putus asa dan terus berusaha demi kejayaan.



Pn. Rohaidah bersama adik Nazrin, Atlet Harapan Lelaki
Pn. Rohaidah bersama adik Nur Aleyana Syahira, Atlet Harapan Perempuan
Adik Nur Aleyana dan adik Nazrin bersama piala mereka

5. Ucapan Puan Guru Besar (Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali)

a) Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua di atas kejayaan sukan tahunan sekolah pada hari Sabtu yang lepas. Beliau memohon kepada semua murid untuk menyampaikan salam maaf sekolah kerana terdapat masalah teknikal dari pihak kilang dalam pengagihan baju sukan yang telah dibeli oleh murid.


b) Beliau menasihati semua murid yang menaiki basikal untuk mengunci basikal-basikal mereka. Ini adalah tanggungjawab semua murid untuk memastikan basikal mereka selamat.


c) Murid yang berbasikal juga perlu menjaga keselamatan semasa menunggang basikal dan dinasihati untuk sentiasa memerhatikan kereta-kereta guru yang hendak keluar dan masuk.


d) Kepada murid-murid yang belum membuat bayaran PIBG sebanyak RM50 untuk satu keluarga, bolehlah berbuat demikian melalui guru kelas masing-masing. Bayaran ini membolehkan pihak PIBG sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan murid.


e) Pada Selasa, 31 Mac 2015 yang lepas, Pn. Guru Besar telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan PPDa Peringkat Negeri Selangor. Beliau memaklumankan bahawa sekolah kita telah memenangi anugerah-anugerah berikut:


  • Anugerah Pembangunan Bilik dan Laluan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2014
  • Naib Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2014
Semoga ini akan membakar semangat semua pihak untuk menjadi yang terbaik pada tahun ini.
Pn. Rohaidah menyampaikan amanat beliau
Piala Anugerah Pembangunan Bilik Dan Laluan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2014


Piala Naib Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2014

Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment