Thursday, April 30, 2015

Program Motivasi Tahun Empat 2015

Pada 30 April 2015 (Khamis) telah diadakan Program Motivasi Tahun Empat dari 7.30 pagi - 9.30 pagi di Dewan Putra Perdana SKTPP. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Program ini disampaikan oleh En Huzaimi Bin Mohd Zaini.

Objektif program ini :

a) Memberikan motivasi dan sikap untuk berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi
    peperiksaan.
b) Mewujudkan sikap kerjasama dan tolak ansur sesama ahli pasukan dalam usaha
     mencapai kejayaan .
c) Dapat membina matlamat yang jelas bagi mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah
    dan akademik.




Semoga program ini akan dapat memberi satu semangat baru pada murid-murid Tahun 4 ini dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment