... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 13, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-13 (Sesi Petang)

Guru Bertugas :

1.Encik Afandi
2.Puan Yani
3.Puan Rozimah
4.Puan Ummu
5.Encik Hafiz
6.Puan Azmira

LAPORAN / ULASAN :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
~ Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh   Puan Rozimah)
~ Bacaan doa dipimpin oleh adik
~ Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Rozimah
~ Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Anysaa Abdul Aziz

2.  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Suzilawati
Perkara yang ditekankan, antaranya:
- Sepanjang minggu lepas tiada peristiwa kecederaan serius yang berlaku.
- Kebersihan kelas masih lagi di tahap kurang memuaskan.
- Peringatan kepada murid yang balik terlalu lewat agar memberitahu ibu bapa supaya menjemput anak tepat pada waktunya.

3. Ucapan Guru Bertugas minggu ini : Puan Rozimah
- Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

Tema pada minggu ini : KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Antara kebaikan program kitar semula ialah kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

          Selain itu, program kitar semula dapat menambahkan pendapatan kita. Bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

          Dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau sungai.

          Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.

LAWAD :
        BM : Merecap -  Merasa
        BI :  Hill - Bukit
        B.ARAB : Sobuunun– Sabun

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.

Tahun 1.

Pertama:Uranium
Kedua  :Kuprum
Ketiga:Platinum

Tahun 2

Pertama:Angklung
Kedua  :Nafiri
Ketiga  :Gambus

Tahun 3

Pertama:Surgeri
Kedua: Pediatrik
Ketiga:Obstetrik


Majlis seterusnya disambung dengan majlis pelancaran ikon PPDa SKTPP  yang dipengerusikan oleh Puan Jumilah.

No comments:

Post a Comment