... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 15, 2015

Kursus Asas Pertolongan Cemas

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas untuk semua ahli BSMM Tahun 3. Seramai  61 orang ahli BSMM dan 11 orang guru penasihat BSMM sesi petang telah menghadirkan diri bagi mengikuti kursus ini hingga selesai. Penceramah jemputan ialah Pemimpin BSMM SKTPP, Ustaz Mahadir bin Midun.

Objektif kursus:
  1. Memberi kesedaran kepada ahli BSMM mengenai bagaimana untuk menjadi ahli BSMM yang berilmu dan berdisiplin.
  2. Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kemalangan.
  3. Memberi pendedahan asas tentang pertolongan cemas sebagai langkah awal sebelum ke klinik atau ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya.
Atur cara kursus :
7.45 - 8.00 pagi     : Pendaftaran
8.00 - 10.00 pagi   : Bacaan doa, Ceramah Kursus Asas Pertolongan Cemas (First Aid) dan Praktikal Penggunaan 'First Aid'
10.00 pagi            : Bersurai

Semoga usaha  ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua ahli BSMM dan seterusnya lebih fokus untuk membantu guru dalam asas pertolongan cemas.

Gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang kursus tersebut: 


Pendaftaran dan sesi ceramah bermula

Praktikal asas pertolongan cemas - mengubat pesakit yang mengalami luka kecil

Praktikal asas pertolongan cemas - balutan anduh

No comments:

Post a Comment